Pada pagi hari Isnin 2hb Mei 2011, Obama telah mengumumkan dengan begitu angkuh dan sombong bahawa dia telah menceroboh ke sebuah tempat kediaman di Pakistan dan membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak di dalamnya...Osama Bin Laden telah mati dibunuh oleh pasukan elit Amerika yang menyerangnya dan mereka membawa mayatnya bersama...pegawai Amerika kemudian menjelaskan bahawa mereka telah mengebumikan Bin Laden di laut menurut cara Islam! Sesungguhnya ini adalah satu penghinaan ke atas Islam, semoga Allah melaknat golongan kuffar ini.Jika benar sekalipun Bin Laden telah dibunuh, beliau sesungguhnya tidak kalah, kerana beliau telah dianugerah oleh Allah dengan salah satu dari dua kebaikan – kemenangan atau syahid, di tangan orang-orang kafir, dan di hari Kiamat beliau tidak memerlukanapa-apapun dari golongan kafir ini!
Tetapi bagi Obama, dia sebenarnya telah menerima dua kekalahan di dalam insiden ini:-
Pertama:Amerika, bukan sekadar dengan tenteranya sendiri, malah dengan bantuan tentera dari sekutunya dan pemimpin Muslim yang khianat, telah menghabiskan masa lebih kurang satu dekad untuk memburu seorang lelaki yang tidak pun memiliki kekuatan fizikal walau satu per sepuluh dari batalion mana-mana pasukan bersekutu tersebut...dan jika Amerika benar-benar telah berjaya membunuhnya dalam keadaan tersebut (dan setelah sekian lama) dalam pandangan seorang kesatria, perang ini bukanlah satu kemenangan bagi Amerika, tetapi jelas merupakan satu kekalahan!
Kedua: Obama tidak membunuh Bin Laden di medan pertempuran, tetapi membunuhnya di dalam sebuah rumah kediaman! Dalam pandangan para kesatria perang, hal ini bukanlah kemenangan yang Obama patut banggakan...
Terbunuhnya seorang Muslim di tangan tentera Salib yang bencikan Islam dan kaum Muslimin bukanlah suatu yang baru. Tetapi apa yang sangat memilukan ialah kedudukan Amerika yang bebas bergerak di dalam negara umat Islam, menceroboh ruang angkasa dan mengebom rumah sesuka hati dalam rangka membunuh penghuninya tanpa mengira kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua!! Kesemua ini dilakukan tanpa menghadapi kebenaran atau penolakan sedikit pun dari pihak pemerintah!!Sungguh hina dan keji pemerintah umat Islam ini dan mereka adalah pengkhianat yang nyata.Amerika menggunakan mereka sebagai alat untuk membunuh umat Islam, dan mereka akan membantu sekalipun pembunuhan itu ingin dilakukan Amerika di dalam rumah mereka (rumah para pengkhianat) itu sendiri, betapa hina dan jijiknya mereka!
Segalanya telahberakhir, namun pengumuman terbunuhnya Bin Laden dipenuhi dengan keraguan dan ketidakpastian mengenai operasi jenayah yang telah dilakukan, kejadian dan suasana yang terperinci ditutup oleh laporan perisikan yang bercanggah antara satu sama lain. Sesungguhnya masa akan pasti membongkar hal ini dan juga lain-lain hal yang memilukan umat Islam...
Hizbut Tahrir dengan ini menegaskan bahawa:-
1 – Barat akan tetap meneruskan Perang Salib mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin, walaupun Obama berbohong mengatakan, “America is not and will never be against Islam” (Amerika tidak dan tidak akan pernah menentang Islam). Apakah yang sedang dilakukan oleh tentera Amerika dan sekutunya di Afghanistan? Apakah yang sedang dilakukan Amerika dan sekutunya di Iraq? Bagaimana dengan puluhan ribu umat Islam yang telah dibunuh oleh Amerika dan akan terus dibunuh? Bagaimana pula tentang diamnya kuffar Barat terhadap pembunuhan umat Islam di Chechnya dan Kashmir dan lain-lain bahagian dunia? Bukankah kesemua ini, sama ada secara langsung atau tidak, merupakan angkara tentera Salib Barat? Bukti apa lagi yang diperlukan? Kesemua ini merupakan penerusan siri Perang Salib yang mana Amerikatidak pernah berehat darinya!! Bekas Presiden AS, George W. Bush telah mengumumkan Perang Salib ini dengan jelas pada tahun 2001 dan mendapat sokongan ramai ahli politik Barat.
2 –Masanya telah tiba untuk rakyat Pakistan melakukan hal berikut:-
(i) Mengikat tangan-tangan rejim penjenayah yang telah meletakkan negeri kaum Muslimin ini di bawah dominasi Amerika dalam perangnya terhadap Islam dan umat Islam! Tidak diperbolehkan seorang Muslim pun berdiam diri sehingga mereka mencampakkan rejim penjenayah yang berkawan dengan musuh Allah dan musuh umat ini.
(ii) Sesiapa yang memiliki kekuatan dari pasukan tentera Pakistan dan dari mana-mana puak sekalipun mestilah berusaha menegakkan apa yang Allah SWT wajibkan ke atas mereka. Kami ingin bertanya kepada mereka, bukankah mempertahankan Islam dan kaum Muslimin itu sebahagian dari perintah agama yang benar ini? Bagaimana mungkin kalian boleh menerima penghinaan dari Amerika yang telah menumpahkan darah dan bergerak secara bebas sesuka hati mereka dan melakukan kejahatan di bumi kalian yang penuh kebaikan?
Sedarlah wahai saudaraku! Campakkanlah penguasa kalian dan bergandinglah dengan Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah di atas jalan kenabian, yang akan memerintah dengan Islam, membebaskan negeri-negeri kaum Muslimin dan penduduknya, membawa risalah Islam, petunjuk dan cahaya ke seluruh alam.Wahai kaum Muslimin di mana sahaja kalian berada! Keganasan dan kejahatan (Amerika) ke atas Islam dan umat Islam akan terus berlangsung dan bertambah, sehinggalah Allah SWT menganugerahkan kepada umat ini, Khilafah, yang akan bertindak sebagai penjaga dan pelindung.
Justeru, bergeraklah wahai saudaraku, bergeraklah wahai hamba Allah untuk menolong agamaNya, untuk menjadikan Islam sebagai agama yang memimpin dunia untuk kali kedua, yang akan menghapuskan segala ketidakadilan dan kejahatan yang dilakukan Amerika dan Eropah, kepada cahaya dan keadilan Islam, sebuah cahaya dan keadilan yang luar biasa...Bergeraklah dan hulurkanlah tangan kalian untuk bersama Hizbut Tahrir demi meraih kebaikan dunia dan akhirat.
“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai” [TMQ at-Taubah (9):32-33].
Osman Bakhash
Pengarah, Pejabat Media Pusat
Hizbut Tahrir
29 Jumadil Ula 1432H / 2 Mei 2011
0 comments:
Post a Comment