Bajet 2012 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada 7 Oktober lepas. Tiga
hari sebelumnya iaitu pada 4 Oktober, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang telah terlebih dahulu membentangkan Belanjawan
Pakatan Rakyat di salah sebuah bilik dalam bangunan Parlimen. Seperti biasa, setiap kali selepas bajet dibentangkan, maka para menteri dan
para penyokong kerajaan akan memuji habis-habisan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tersebut seolah-olah tidak ada sedikit pun cacat
cela di dalamnya. Manakala di pihak pembangkang pula, seperti lazimnya, akan memberi komen dari aspek negatif dengan mendedahkan
segala kepincangan di dalam bajet tersebut. Apa yang pasti, kesemua belanjawan yang telah dibentangkan tersebut dibuat di dalam kerangka
sistem sekular yang sedia ada dan terdapat banyak elemen yang bercanggah dengan syarak di dalamnya. Sebagai sebuah negara penganut
ideologi kapitalisme, tanpa perlu mengulas lanjut setiap perkara yang dibentangkan pada bajet kali ini, kita sudah memahami bahawa bajet yang
dibentangkan itu hanyalah cerminan dari sistem kapitalisme yang sememangnya bercanggah dengan ideologi Islam. Justeru, Sautun Nahdhah
kali ini ingin memaparkan kedudukan Baitul Mal di dalam Negara Khilafah secara umum, sebagai sebuah institusi yang mengendalikan segala
urusan kewangan Negara. Baitul Mal merupakan institusi khusus yang menangani harta yang diterima oleh Negara dan memperuntukkannya
kepada kaum Muslimin yang berhak menerimanya. Setiap harta, baik berupa tanah, bangunan, galian, wang mahupun harta benda lainnya, di
mana kaum Muslimin berhak memilikinya sesuai dengan hukum syarak dan pemiliknya tidak ditentukan lagi, maka harta tersebut adalah hak
Baitul Mal. Demikian juga setiap harta yang wajib dikeluarkan untuk orang-orang yang berhak menerimanya, untuk kemaslahatan kaum Muslimin
dan pemeliharaan urusan mereka, serta untuk biaya pengembangan dakwah, merupakan tanggungjawab Baitul Mal untuk mengendalikannya.
Ringkasnya, Baitul Mal adalah salah satu struktur dari Sistem Pemerintahan Islam (Khilafah) yang merupakan tempat penyimpanan dan
pengeluaran harta Negara.
Adapun Baitul Mal di masa Nabi SAW, belum ada tempat yang khusus. Ini disebabkan harta yang masuk pada saat itu belum begitu banyak. Lagi
pula hampir selalu habis dibahagikan kepada kaum Muslimin serta dibelanjakan untuk penjagaan urusan mereka. Ketika itu Rasulullah SAW
segera membahagikan harta ghanimah dan seperlima bahagian darinya (al-akhmas) sejurus selesainya peperangan tanpa menundanya
sedikitpun. Dengan kata lain, baginda segera membelanjakannya menurut ketentuan. Hasan bin Muhammad menyatakan, “Bahwasanya
Rasulullah SAW tidak pernah menyimpan harta, baik siang mahupun malam.” Dengan kata lain, apabila harta itu datang pada pagi hari, tidak
sampai setengah hari harta tersebut sudah habis dibahagikan. Demikian juga jika harta itu datang di siang hari, maka tidak pernah sampai
tersisa hingga malam harinya. Kerana itu, tidak pernah ada harta tersisa yang memerlukan tempat penyimpanan tertentu.
Ketika Abu Bakar menjadi Khalifah, cara seperti itu pun berlangsung di
tahun pertama kekhilafahannya di mana jika datang harta kepadanya
dari sebahagian daerah kekuasaannya, maka ia membawanya ke
Masjid Nabawi dan terus membahagikannya kepada orang-orang yang
berhak menerimanya. Kadang-kadang Khalifah Abu Bakar menugaskan
Abu Ubaidah bin al-Jarrah untuk melakukannya. Pada tahun kedua
kekhilafahannya, Abu Bakar telah mendirikan ‘batu asas’ Baitul Mal
iaitu dengan mengkhususkan suatu tempat di rumahnya untuk
menyimpan harta yang masuk ke kota Madinah. Beliau membelanjakan
semua harta yang ada di tempat tersebut untuk kaum Muslimin dan
kemaslahatan mereka. Setelah Abu Bakar wafat dan diganti oleh Umar,
ketika itu juga Umar mengumpulkan petugas-petugas lalu memasuki
rumah Abu Bakar seraya membuka Baitul Mal. Umar hanya mendapati
ada satu dinar di dalamnya, itupun terjadi kerana kelalaian petugasnya.
Ketika pembebasan-pembebasan (futuhat) wilayah lain semakin
banyak dan kaum Muslimin berhasil membebaskan Rom dan Parsi,
maka semakin banyak pula harta yang mengalir ke kota Madinah. Umar
lalu membuat bangunan khusus untuk menyimpan harta (Baitul Mal),
membentuk bahagian-bahagiannya, melantik para penulis,
menetapkan santunan untuk para penguasa dan untuk keperluan
pembentukan tentera. Demikianlah ringkasan kewujudan institusi Baitul
Mal sebagai tempat menguruskan pendapatan dan perbelanjaan
Negara yang wajib diuruskan oleh Khalifah dalam rangka memberi
kemaslahatan kepada kaum Muslimin.
Baitul Mal terdiri dari dua qism (sektor) utama iaitu Qism Al-Waradat
(Sektor Pendapatan Negara) dan Qism Al-Nafaqat (Sektor Perbelanjaan
Negara). Al-Waradat merupakan sektor harta yang masuk ke dalam
Baitul Mal yang mencakupi seluruh jenis harta yang menjadi sumber
pendapatannya. Manakala Al-Nafaqat pula adalah sektor pengeluaran
yang mencakupi semua jenis harta yang wajib dibelanjakan oleh
Negara.
Qism Al-Waradat (Sektor Pendapatan Negara)
Di dalamnya terdapat beberapa Diwan (bahagian) yang sesuai dengan
jenis hartanya:
(A) Diwan Al-Fai’ Wa Al-Kharaj -Diwan ini merupakan bahagian yang
bertanggungjawab atas penyimpanan dan pengaturan sumber
pendapatan negara yang meliputi harta fai’ bagi seluruh kaum Muslimin.
Ia juga menguruskan kemasukan dari dharibah (satu bentuk pungutan)
yang diwajibkan ke atas kaum Muslimin tatkala sumber pendapatan
Baitul Mal tidak mencukupi untuk memenuhi anggaran perbelanjaan
yang bersifat wajib, baik dalam keadaan Negara mengalami krisis
mahupun tidak. Untuk keperluan ini, dikhususkan suatu bahagian di
dalam Baitul Mal di mana harta tersebut diuruskan untuk mengatur
kepentingan kaum Muslimin serta kemaslahatan mereka sesuai
dengan pendapat dan ijtihad Khalifah. Diwan Al-Fai’ Wa Al-Kharaj ini
terdiri dari beberapa da’irah (unit) tertentu yang meliputi:
(i) Da’irah al-Ghana’im - yang mencakupi harta ghanimah, anfal, fai’
dan khumus.
(ii) Da’irah al-Kharaj.
(iii) Da’irah al-Ardhi - yang mencakupi tanah yang dibebaskan secara
paksaan (unwah), tanah usyriyah, as-sawafi, tanah yang dimiliki Negara,
tanah milik umum dan tanah terlarang (yang dipagar).
(iv) Da’irah al-Jizyah.
(v) Da’irah al-Fai’ - yang menguruskan pendapatan dari harta as-sawafi,
usyur, 1/5 harta rikaz dan bahan galian, tanah yang dijual atau disewakan
dan harta pusaka yang tidak ada warisnya.
(vi) Da’irah al-Dhara’ib.
(B) Diwan Al-Milkiyyah Al-Ammah (Pemilikan Umum) -Diwan ini
menguruskan segala aspek yang terkait dengan harta milik umum
yang merupakan milik seluruh kaum Muslimin. Khalifah menggunakan
harta ini untuk kepentingan kaum Muslimin berdasarkan keputusan
dan ijtihadnya sesuai dengan hukum syarak. Diwan Pemilikan Umum
ini juga dibahagi kepada beberapa da’irah berdasarkan jenis harta
pemilikan umum tersebut iaitu:(
i) Da’irah al-Nufut wa al-Ghaz (minyak dan gas).
(ii) Da’irah al-Kahraba’ (elektrik).
(iii) Da’irah al-Mu’adun (galian).
(iv) Da’irah al-Bahr wa al-Anhar wa al-Bahirat wa al-Uyun (laut, sungai,
perairan dan mata air).
(v) Da’irah al-Ghabat wa al-Mara’ie (hutan dan padang ragut).
(vi) Da’irah al-Hima (tempat khusus yang dirizabkan oleh Negara).
(C) Diwan as-Sodaqat -Diwan ini menguruskan harta zakat yang wajib.
Da’irah dalam Diwan as-Sodaqat ini disusun berdasarkan jenis harta
zakat, iaitu:(
i) Da’irah Zakat an-Nuqud wa Urudh al-Tijarah (zakat wang dan barang
dagangan).
(ii) Da’irah al-Zuru’ wa al-Tsamar (zakat tanaman dan buah-buahan).
(iii) Da’irah al-Ibil wa al-Baqar wa al-Ghanam (zakat unta, lembu dan
kambing).
Keseluruhan harta di dalam Diwan as-Sodaqat ditempatkan di dalam
Baitul Mal secara khusus dan tidak boleh dicampur dengan harta lainnya
di mana Allah SWT telah menentukan orang-orang yang berhak
menerima zakat ini iaitu hanya lapan golongan sahaja sebagaimana
firmanNya, “Sesungguhnya sodaqat (zakat-zakat) itu hanyalah untuk
orang-orang fakir, orang miskin, pengurus-pengurus zakat (amil), para
mu’allaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba, orang-
orang yang berhutang, untuk jalan Allah (fi sabilillah) dan orang-orang
yang sedang dalam perjalanan (ibnu sabil), sebagai suatu ketetapan
yang diwajibkan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
[TMQ at-Taubah (9):60]. Harta zakat tidak boleh diberikan kepada selain
daripada lapan golongan tesebut [Berikut adalah gambarajah Qism Al-
Waradat dalam Daulah Khilafah].
(ii) Da’irah al-Taslih (persenjataan).
(iii) Da’irah Sona’ah Al-Islahah (industri ketenteraan)
(E) Diwan Masarif al-Sadaqat (pengelolaan harta zakat) - pembiayaan
diwan ini datang dari harta zakat.
(F) Diwan Masarif al-Milikiyyah al-Ammah (pengelolaan harta milik
umum) -Diwan ini dibiayai dari Diwan al-Milkiyyah al-Ammah
berdasarkan pendapat Khalifah yang sesuai dengan ketentuan syarak.
(G) Diwan al-Thawari’ (darurat atau bencana alam) -Diwan ini
memberikan bantuan kepada kaum Muslimin tatkala wujud keadaan
darurat/bencana mendadak seperti gempa bumi, taufan, kelaparan dan
sebagainya. Biaya yang dikeluarkan oleh Diwan ini diperolehi daripada
bahagian pendapatan Diwan al-Fai’ wa al-Kharaj dan juga dari Diwan
al-Milkiyyah al-Ammah. Apabila tidak terdapat harta dalam kedua-dua
Diwan tersebut, maka keperluannya dibiayai dari harta kaum Muslimin
(samada dari sumbangan sukarela atau dharibah).
(H) Diwan al-Muwazanah al-Ammah wa al-Muhasabah al-Ammah
wa al-Muraqabah (bajet umum, akaun umum dan pengawasan) -Al-
Muwazanah al-Ammah adalah badan yang mempersiapkan anggaran
pendapatan dan perbelanjaan negara (bajet) yang akan datang
(mengikut pendapat Khalifah) berdasarkan jumlah pendapatan dan
pembelanjaan harta yang ada dalam Negara. Hal ini dilakukan dengan
mempertimbangkan pendapatan dan perbelanjaan sebenar secara
umum dengan mengambil kira jumlah pendapatan dan perbelanjaan
Negara yang sedang berjalan secara terperinci. Diwan ini terkait rapat
dengan Dar al-Khilafah. Al-Muhasabah al-Ammah pula menguruskan
Sektor Pendapatan
Minyak
& Gas
Diwan Al-Fai’ wa Al-Kharaj
Elektrik
Diwan Pemilikan UmumDiwanAs-Sodaqat(Zakat)
Wang&BarangDaganganTernakanGhanimahKharajGalianPerairanTanaman&
Buah-
buahanTanahJizyahHutandanTanahRagutHimaFai’Dhara’ibQism Al-Nafaqat (Sektor Perbelanjaan Negara)
Qism Al-Nafaqat menguruskan perbelanjaan negara dan harta yang
mesti dibelanjakan oleh Baitul Mal untuk pelbagai keperluan termasuk
pembiayaan Baitul Mal itu sendiri. Qism An-Nafaqat ini juga
mengandungi beberapa Diwan:-
(A) Diwan al-Khilafah - yang terdiri daripada :-
(i) Dar al-Khilafah.
(ii) Maktab al-Mustasyarin (Penasihat).
(iii) Maktab Mu’awin al-Tafwidh.
(iv) Maktab Mu’awin al-Tanfidz.
(B) Diwan Masalih al-Daulah - yang terdiri daripada unit-unit berikut :-
(i) Da’irah Amir al-Jihad.
(ii) Da’irah al-Wulat (wali / gabenor).
(iii) Da’irah al-Qudhat (qadhi / hakim).
(iv) Da’irah al-Masalih al-Daulah wa al-Dawa’ir wa al-Idarat wa al-Marafiq
al-Ammah al-Tabi’ah Laha (Kemaslahatan Negara dan lain-lain).
(C) Diwan al-I’tha’ (Pemberian) -Diwan ini menguruskan harta yang
menurut pendapat Khalifah berhak untuk diberikan kepada golongan
yang memerlukan seperti fakir, miskin, mereka yang dalam keadaan
sangat memerlukan, yang berhutang, yang sedang dalam perjalanan,
para petani, para pemilik industri dan lain-lain golongan yang menurut
Khalifah mendatangkan maslahat bagi kaum Muslimin serta layak diberi
subsidi.
(D) Diwan al-Jihad - yang meliputi:
(i) Diwan al-Jaish, Insya’an wa Takwinan wa I’dadan wa Tadriban
(pasukan tentera, rekrutmen, persiapan dan latihan).
seluruh aspek akaun harta Negara. Al-Muraqabah pula bertugas
memeriksa, mengawasi dan meneliti secara mendalam segala urusan
yang terkait dengan harta Negara. Badan ini akan menjalankan fungsi
pengawasan terhadap harta Negara di mana ia akan mengawasi
jumlah dan status harta yang ada, keperluan Negara, pendapatan
Negara, pembelanjaan Negara, mempertanggungjawabkan para
pegawai yang mengelolakan harta-harta tersebut serta mengawasi
urusan administrasi seluruh struktur Diwan dan administrasi Negara.
[Berikut adalah gambarajah Qism Al-Nafaqat dalam Daulah Khilafah].
Sektor Perbelanjaan Diwanal-KhilafahDiwanAl-Jihad DiwanPemberian Diwan Keperluan Darurat Diwan BajetUmum,
AkaunUmum & Pengawasan Diwan Kemaslahatan Daulah Diwan Pengelolaan Pemilikan Umum
Diwan Pengelolaan Zakat Darul Khilafah Pejabat Mu’awin Tafwidh Pejabat Mu’win Tanfiz
Pejabat Penasihat Persenjataan Angkatan Bersenjata Industri Ketenteraan Da’irah Amirul Jihad
Kemaslahatan Negara Da’irah Wali Da’ira
KehakimanInilah antara struktur administrasi sistem kewangan Negara Khilafah
secara umum yang jauh berbeza dari sistem Kapitalisme yang
diamalkan pada hari ini. Dalil yang menyokongnya diambil dari fakta
bahawa keseluruhan struktur ini merupakan sarana yang akan
menjadikan aktiviti kenegaraan lebih efektif dan efisien. Rasulullah SAW
telah mengatur masalah adminisrasi Negara secara langsung dan
baginda jugalah yang melantik para pegawai untuk urusan tersebut.
Dalam konteks pengaturan hal ehwal kewangan Negara (penggunaan
dan penetapan bahagian-bahagian Baitul Mal), perkara ini terus
berlanjutan pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin dengan disaksikan dan
diketahui oleh para sahabat tanpa ada penolakan oleh seorang pun
dari mereka. Inilah sebahagian dari sistem-sistem Islam yang menjadi
kewajipan ke atas kita untuk menerapkannya dan menjadi kewajipan
juga ke atas kita untuk membuang sistem kapitalisme yang ada pada
hari ini yang sudah terbukti rosak lagi merosakkan. Wallahu a’lam.
[Perbincangan di atas dipetik dari kitab Al-Amwal Fi Daulah al-Khilafah
karya Syeikh Abdul Qadim Zallum. Penjelasan menyeluruh
mengenainya beserta dengan nas-nas yang terperinci terdapat di dalam
kitab tersebut].
Tiada hakcipta dalam Islam. Penyalinan semula artikel ini amat dialu-alukan. Semoga usaha anda dapat mengembangkan
dakwah Islam dan diredhai Allah SWT. Jika anda ingin bergabung bersama HTM, sila hubungi 03-8920 1614.
Sebarang pertanyaan dan komen, sila e-mailkan kepada htm@mykhilafah.com atau layari www.mykhilafah.com
Nasyrah Mingguan
Hizbut Tahrir
MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment