Bulan Ramadan yang diberkati, kewajipan atas kita dan umat Islam di seluruh dunia telah menyahut seruan untuk berpuasa dan mendapatkan pahala dari Allah (swt). Kami di Hizbut Tahrir mengucapkan tahniah kepada umat Islam pada ketika ini. Semoga Allah (swt) menerima puasa dan doa-doa kita dan semua amal baik kita dan meningkatkan ketaqwaan kita supaya mendekatkan diri kepada Allah swt. Selawat dan salam ke atas Rasulullah (saw) yang menyampaikan Islam kepada umat ini.Bulan Ramadan benar-benar menunjukkan kesatuan umat ini dan pengaruh ayat al-Quran cukup kuat memberi motivasi kepada umat Islam bagi memenuhi perintah Allah (swt).
'Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,' (TMQ Surah Baqarah: 183)
Pada tahun ini, umat Islam telah menghadapi ujian dan seksaan yang luar biasa. Di seluruh Timur Tengah dan diseluruh dunia ummah telah bangkit menentang terhadap para pemerintah zalim dan diktator yang telah menindas umat Islam selama beberapa dekad. Beribu-ribu orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, yang menghadapi peluru, kereta kebal dan mortar telah bangkit untuk membebaskan diri mereka daripada penyeksaan rejim yang telah memerintah mereka untuk 90 tahun yang lalu. Tahun inilah kita perhatikan ummah membuang dan melontar rasa takut dan berdiam diri dan bergerak ke arah pembebasan yang amat diperlukan dan perjuangan yang berterusan pada bulan yang mulia ini.
Umat Islam di Afghanistan dan Pakistan terus dibelenggu kekejaman perang Amerika di rantau ini. Serangan ganas dan membuta tuli, kempen pengeboman, pembunuhan dan penculikan telah membawa kematian dan kemusnahan kepada umat Islam pada skala besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada masa yang sama umat Islam Palestin terus menderita di bawah penjajahan rejim Zionis. Dalam beberapa minggu yang lepas kita telah melihat penderitaan melampau umat Islam di Somalia dan negara tanduk Afrika dari kelaparan dan kemarau yang teruk. Kami rasa kesakitan dan penderitaan umat Islam di seluruh dunia kerana kami adalah umat yang satu dan Aqeeda satu dan Rasulullah saw menyifatkan umat Islam adalah 'satu badan’.
Di bulan Ramadan ini kita berpuasa dan berdoa dan kita harus juga memikirkan tentang peristiwa-peristiwa ini dan berfikir mengapa umat kita menderita di seluruh dunia walaupun hakikatnya bahawa Allah (swt) telah memberi petunjuk kepada umat Islam ini dengan al-Quran dan Sunnah Nabi saw (saw) dan menyifatkan umat Islam ini sebagai 'khaira ummah.'
Allah (swt) menurunkan wahyu pada bulan Ramadan ini bagi mejelaskan perkara tersebut.
'Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (TMQ Surah Baqarah: 185)
Al-Quran diturunkan sebagai Petunjuk (Huda) dan Pembeda (Furqaan) kepada umat manusia.
Kita akan mendengar bacaan Al-Quran yang mulia setiap malam dimasjid dan umat Islam akan membaca Al-Quran seberapa banyak yang boleh. Persoalannya, adakah kita mengambil Al-Quran ini sebagai Petunjuk (Huda) dan Pembeda (Furqan) dalam hal ehwal umat?
Yang menyedihkan adalah kebenarannya bahawa selama berdekad-dekad kita tidak mempunyai, undang-undang dan peraturan-peraturan Islam diterapkan di negara kita. Pemimpin-pemimpin yang paling rasuah dalam ummah yang dilantik menjadi boneka dan disokong oleh Barat Kufar telah mentadbir atau mengurus negara kita. Mereka telah diperintah oleh undang-undang yang berdasarkan selain daripada al-Quran dan Sunnah iaitu sekular yang diasaskan undang-undang kapitalisme. Sistem politik kita telah dikuasai oleh diktator yang telah membuat undang-undang secara unilateral yang menindas atau dipanggil demokrat yang telah membuat secara kolektif undang-undang di parlimen yang sesuai dengan kepentingan dan faedah mereka. Dalam semua kes telah kita lihat kemusnahan sistem politik disebabkan oleh rasuah, nepotisme, kronisme dan perhambaan kepada kuasa barat. Ekonomi kita telah diperhambakan kepada negara-negara kapitalis yang telah menjadikan daerah kita sebagai 'pasaran'. Orang kaya telah menjadi lebih kaya dan golongan miskin semakin miskin. Kemiskinan, ketidaksamaan, kekurangan perkhidmatan awam, pengangguran berleluasa dan tidak ada perindustrian adalah warisan salah urus ekonomi yang berdasarkan dasar-dasar Bank Dunia dan IMF. Walaupun umat Islam dikurniakan dengan sumber-sumber manusia yang berdedikasi, kawasan pertanian yang luas dan rizab gas asli, minyak, arang batu dan lain-lain yang besar.
Keadaan ini berlaku setelah Al-Quran dibuang dari kehidupan kita dan hanya diamalkan dalam solat dan puasa saja. Walaupun al-Quran dibacakan dalam doa-doa dan dalam masjid, tetapi kehidupan politik, ekonomi dan sosial kita dipimpin oleh undang-undang buatan manusia dan dasar-dasar yang berdasarkan kapitalisme. Sebagai umat Islam, kita sepatutnya berlari dari dasar Barat Kufur, kepada sistem Islam untuk menyelesaikan masalah kita, konsisten dengan kepercayaan, budaya, sejarah dan warisan kita.
Allah (swt) berfirman:
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain??" (TMQ Surah Baqarah: 85)
"maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu" (TMQ Surah Maidah: 48)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Al-Quran datang untuk menangani semua hal ehwal kita. Al-Quran seharusnya menggantikan peraturan-peraturan masyarakat dan politik kufur yang telah membawa umat kepada keadaan ini. Berdekad umat melaksanakan undang-undang dan sistem barat buatan manusia yang tidak membawa kebaikan apa-apa untuk kita? Ia tidak betul kalau kita hanya menyembah Allah dalam ibadat puasa dan disamping itu mengambil syaitan dan sekutunya untuk memimpin dan mengatur kehidupan kita dalam segala aspek.
Kita perlu membina masyarakat pada pemahaman Islam yang kukuh sebagai panduan lengkap untuk manusia. Setiap umat Islam perlu tahu bahawa Ramadan adalah bulan yang Allah turunkan Al-Quran sebagai Panduan lengkap bukan hanya untuk puasa tetapi semua masalah kehidupan kita. Setiap orang Islam perlu tahu bahawa Islam mempunyai sistem politik yang unik yang bebas dari kronisme, rasuah dan nepotisme. Sistem ekonomi Islam boleh menamatkan kemiskinan dan ketidaksamaan; sistem sosial akan menaikkan status wanita kepada ibu-ibu, isteri dan ahli masyarakat yang bertanggungjawab penuh dan sistem global yang akan mengakhiri nasionalisme dan perkauman dan menamatkan hegemoni kuasa-kuasa penjajah. Membina masyarakat pada asas yang kukuh bermakna kita bukan sahaja akan memastikan bahawa kita hidup diatur oleh Islam, tetapi akan menyertai saudara-saudara kita yang sedang berjuang di negara-negara Islam untuk membawa perubahan sebenar dan membawa mesej Islam kepada bukan Islam di Barat.
Puasa dalam bulan Ramadhan ini, pastinya akan meletakkan keazaman kita untuk menyembah Allah (swt). Menyembah Allah bermakna kita harus berlumba-lumba untuk bekerja merealisasikan Deen-Nya, dan mewujudkan semula kepimpinan Islam - Khilafah.
Semoga Allah (swt) menerima puasa dan doa-doa kita pada bulan ini dan Semoga Allah (swt) memberikan umat ini kemenangan yang sangat-sangat kita perlukan. Ameen.
Terjemahan Dari artikel ‘Let us take the Qur’an as a complete Guidance this Ramadhan’
Sumber: www.hizb.org.uk
0 comments:
Post a Comment