".....Akan muncul khilafah yang mengikut metod kenabian." [HR. Ahmad & Al-Bazzar]
Saturday, October 4, 2014
On Price Fixing
Friday, October 3, 2014
Perkongsian Revolusi Syria
================ Shaykh Khalid Hassan al-Hindawi. - Beliau adalah pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi. - Beliau diutuskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk memberitahu berita dan hal sebenar tentang apa yang berlaku di Syria. - Shaykh Khalid telah melawat Indonesia dahulu dan kemudian melawat Malaysia. Semoga Allah merahmati Shaykh yang memberi perkongsian yang baik dan bermanfaat kepada kami , memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar tentang apa yang berlaku di Syria. Mukaddimah. Shaykh memberitahu bahawa beliau baru sahaja melawat Indonesia kemudian beliau diamanahkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk ke Malaysia, memberitahu keadaan yang sebenar berlaku di Syria. Revolusi sedang berlaku di Yaman, di Syria dan beliau mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya untuk ummat Islam di Malaysia Fikri – Amin. Shaykh memberitahu bahawa permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria. Dan saat ini Basyar al-Assad sedang memerintah dengan besi dan api ( kekerasan). Sesungguhnya orang-orang fasiq ingin menipu manusia supaya berpaling dari kebenaran dan revolusi ini, tetapi mereka gagal dan berada dalam keadaan rugi. Shaykh seterusnya memetik kalam Saidina Ali radiyallahu-anhu ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat.” Dan ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam Surah al-Isra’ ayat 81 ; “Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” Shaykh seterusnya mengatakan bahawa cara berpolitik ala Fir’aun seperti yang dilakukan oleh Bashar Assad dan orang yang sepertinya seperti pemerintah Tunis, Mesir, Yaman, dan Libya seperti Fir’aun di zaman Nabi Musa, yang mana mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat mereka, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman dari memakai hijab, menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak2. Dan mereka ini tidak akan kekal. Shaykh memberi misalan keadaan mereka ini seperti di dalam Surah ar-Ra’d ayat 17 ; “Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.” Seterusnya Shaykh menceritakan tentang sejarah Syria. Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Bashar al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun. Dan Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Seterusnya Shaykh menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Hafez al-Assad dari merupakan Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya yang terdiri daripada Muslim Sunni, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita(ASWJ). Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. Shaykh seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawite, 10 peratus darinya beragama Kristian dan 84 peratus daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez. Shaykh seterusnya menyebutkan sifat-sifat Syiah yang mana mereka begitu membenci Ahlussunnah, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan Ummahatul Mukminin. Shaykh seterusnya menyebutkan bilangan penunjuk perasaan yang mati kini mencapat 8500 orang dan hampir 39000+- yang lain cedera. Adapun yang dipenjarakan dan disiksa sebanyak 180000 orang, yang mana direkodkan 413 orang telah mati disiksa. Shaykh juga menceritakan di sebuah daerah bernama Doma, dimana 19 orang doktor telah dibunuh dan 40 orang pesakit telah dibunuh di hospital oleh tentera regim Hafez al-Assad yang kejam itu. Kini sudah hampir 8 bulan, penunjuk perasaan berjuang selama siang dan malam dan regim Hafez al-Assad yang kejam telah menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya seperti penggunaan kereta kebal, senjata-senjata berat, memusnahkan bangunan-bangunan seperti rumah, masjid, menara masjid, mencabul kehormatan dan merogol perempuan-perempuan, mengikat tangan ayah dan saudara lelaki kemudian merogol ibu, anak perempuan di hadapan mereka. Shaykh seterusnya menceritakan tentang kekejaman yang berlaku di Hims, di Madinah Khalid al-Walid tentang kisah Zainab al-Husni yang berumur 23 tahun. Beliau ditangkap dan dipaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral, tetapi beliau enggan. Akhirnya beliau disiksa dan tubuhnya dikerat dengan 4 potongan dan dibungkus dan bungkusan itu dicampak kepada ahli keluarganya. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap ratusan anak-anak kecil yang tidak berdosa yang dikerat-kerat badan mereka. Shaykh menegaskan “Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!” Shaykh seterusnya menceritakan bagaimana penunjuk perasaan (demonstrator/pejuang revolusi) yang mandi dan berwudhu sebelum keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak pasti mereka akan kembali lagi ke rumah mereka. Hampir 95 peratus rakyat Syria menentang regim Syria yang kejam ini. Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak 6 kilometer dari Bukit Golan. Maka Shaykh menanyakan di mana buktinya bahawa Syria ini menentang Israel? “Maka di mana buktinya bahawa regim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel ?!” Shaykh seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Bashar merupakan al-Assad kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel. Shaykh seterusnya menceritakan tentang regim Syria yang menggunakan tindakan ketenteraan ke atas rakyatnya, merogol dan mencabul kehormatan perempuan-perempuan. Sebenarnya ramai di antara askar yang tidak menyetujui kekerasan ke atas rakyat, tetapi mereka yang enggan akan dibunuh dan dipenjarakan. Dan di antara askar-askar itu, ada yang berpaling tadah kepada regim kejam Syria dan menyokong demonstrasi dan mempertahankan rakyat dan bilangan mereka kini seramai 30000 orang dan angka itu semakin bertambah. Shaykh seterusnya menyatakan bahawa Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr. Ali as-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut; حديث : ” ” من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد “. “Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid” أخرجه أبو داود (2 / 275) والنسائي والترمذي (2 / 316) وصححه، وأحمد (1652) 1653) عن سعيد بن زيد، وسنده صحيح. Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmizi dan disahihkan oleh Imam al-Albaniy, dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Sa’id bin Zaid dan sanadnya Sahih. Shaykh seterusnya menceritakan bahawa Liga Arab telah mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga regim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. 19 negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria. Shaykh akhirnya menutup ucapan beliau dengan mengingatkan tentang fungsi/apa yang perlu dilakukan oleh kita tentang apa yang berlaku di Syria. “Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas , siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.” Shaykh seterusnya menukilkan hadis tentang kelebihan Syam: أنه قال : يا رسول الله صلى الله عليه وسلم خر لي بلدا أكون فيه ، فلو أعلم أنك تبقى لم أختر عن قربك شيئا ، فقال : عليك بالشام ، فلما رأى كراهيتي للشام قال : أتدري ما يقول الله في الشام ؟ إن الله عز وجل يقول : يا شام أنت صفوتي من بلادي أدخل فيك خيرتي من عبادي إن الله تكفل لي بالشام وأهله الراوي: عبدالله بن حوالة المحدث: المنذري – المصدر: الترغيب والترهيب – الصفحة أو الرقم : 4/102 خلاصة حكم المحدث: [روي] من طريقين إحداهما جيدة إنكم ستجندون أجناداً جنداً بالشام ومصر والعراق واليمن قالوا فخر لنا يا رسول الله قال عليكم بالشام قالوا إنا أصحاب ماشية ولا نطيق الشام قال فمن لا يلحق الشام فليلحق بيمنه فإن الله قد تكفل لي بالشام الراوي:أبو الدرداء المحدث: البزار – المصدر: الأحكام الشرعية الكبرى – الصفحة أو الرقم: 4/512 خلاصة حكم المحدث:إسناده حسن Fikri : Aku tidak ingin menterjemah hadis Syam ini, cukuplah aku menaqalkankannya beserta sumbernya. Seterusnya Shaykh menyebutkan peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengah dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria. Seterusnya kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka. Seterusnya, Shaykh menaqalkan arahan dari Shaykh Yusuf al-Qaradawi agar menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara seIslam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah. Akhirnya, Shaykh memohon agar Allah membantu kita dalam menghadapi taghut-taghut yang zalim. Fikri : Inilah sedikit catatan ringkas saya ketika menghadiri Perkongsian Antarabangsa Revolusi Syria oleh al-Syeikh Khalid Hassan Hindawi. Terima kasih dan Jazakallahu Khaira l-Jaza kepada IKRAM atas penganjuran perkongsian yang bermanfaat. Jika ada kekurangan dan kesalahan, saya memohon ampun dan maaf. ================ Berikut pula adalah perkongsian saudara Ali Abu di Facebook beliau hasil catitan dari program seumpama di atas yang telah diadakan di Kuala Terengganu pada 5/12/2011: ================ Alhamdulillah. sahabat saya Irfan Masiri dan beberapa sahabat seperjuangan yg lain sempat mendengar taklimat khas mengenai revolusi Syria yang disampaikan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria. Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi? 1. Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oeh media2. So, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. 2. Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah putarbelitkan fakta. 3. Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di paper bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau. 4. Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel. 5. Kita banyak tak tahu ttg isu syria selama ni sebab media telah dikawal oleh pihak rejim.. manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki syria utk membuat liputan.. segala gambar dan video yg menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman drpd para demonstran yang btekad utk merakam sndr kezaliman tsebut dan kbykn drpd mrk telah menemui syahid.. sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim basyar asad dgn harga 100 dolar.. syeikh dr khaled hasan al hindawi merupakan delegasi khas syeikh dr yusuf al qardhawi ke asia tenggara utk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.. Punca Revolusi. puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu didinding sekolah mereka.apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg berrevolusi.bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan.kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria. Rakyat Marah. 1. Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas. 2. Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo. 3. Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan. 4. Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya. 5. Rakyat Mahu Presiden Dihukum.itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya. Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad) 1. Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.ini serius kejam. 2. 39,000 orang telah cedera.mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja. 3. Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital. 4. 9,000 tahanan ditahan. 5. 413 orang telah syahid didalam penjara. 6. Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka.sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu. 7. Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni.beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM! 8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai. 9. Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT! 10. Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni.. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri drpd 3 keluarga besar, 6% drpd posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi drpd golongan kuffar.. tiada posisi bg ahli sunnah wal jamaah.. kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi israel.. rakyat2 sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.. hasbunallahu wa neemal wakeel. Berita Baik. 1. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30,000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo. mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri. 2. Pertubuhan2 arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. tapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedimikian kerana Pemimpin Sryria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah. 3. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID. 4. 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini. Ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana. Semoga kalian dapat menyebarkan ia kerana ia merupakan perkara benar dan manusia2 diluar sana harus tahu tentang ini. Semoga Allah redha
Thursday, September 4, 2014
Q&A:Paying Zakat before it's due
Monday, August 4, 2014
Bendera Rasulullah SAW
Di dalam bahasa Arab, bendera dinamai dengan Al-Liwa'. Sedangkan panji-panji perang dinamakan dengan Ar-Rayah. Disebut juga dengan al-‘alam. Ar-Rayah adalah panji-panji yang diserahkan kepada pemimpin peperangan, di mana seluruh pasukan berperang di bawah naungannya. Sedangkan Al-Liwa' adalah bendera yang menunjukan posisi pemimpin pasukan, dan ia akan dibawa mengikuti posisi pemimpin pasukan. Al-Liwa' adalah Al-‘Alam (bendera) yang berukuran besar. Jadi, Al-Liwa' adalah Bendera Negara Islam Global. Sedangkan Ar-Rayah berbeza dengan Al-‘Alam. Ar-Rayah adalah bendera yang berukuran lebih kecil, yang diserahkan oleh Khalifah atau wakilnya kepada pemimpin perang, serta komandan-komandan pasukan Islam lainnya. Ar-Rayah merupakan tanda yang menunjukan bahawa orang yang membawanya adalah pemimpin perang. Al-Liwa' (Bendera Negara Islam Global) berwarna putih, sedangkan Ar-Rayah (Panji-Panji Perang) berwarna hitam. Banyak riwayat (hadis) warna Al-Liwa' dan Ar- Rayah, diantaranya : 'Ar-Rayahnya (Panji Peperangan) Rasulullah SAW berwarna hitam, sedang Al- Liwa' (Benderanya) berwarna putih.' (Hadis Riwayat Thabrani, Hakim, dan Ibnu Majah) Meskipun terdapat juga hadis-hadis lain yang menggambarkan warna-warna lain untuk Al- Liwa' (Bendera Negara Islam Global) dan Ar- Rayah (Panji Peperangan), akan tetapi sebagian besar ahli hadis meriwayatkan warna Al-Liwa' dengan warna putih, dan Ar-Rayah dengan warna hitam. Tidak terdapat keterangan yang menjelaskan ukuran bendera dan panji-panji Islam di masa Rasulullah SAW, tetapi terdapat keterangan tentang bentuknya, iaitu empat persegi. 'Panji Rasulullah SAW berwarna hitam, berbentuk segi empat dan terbuat dari kain wol' (Hadis Riwayat Tirmidzi) Pada Al-Liwa' (Bendera Negara Islam Global) dan Ar-Rayah (Panji Peperangan) terdapat tulisan ‘ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ’ . Pada Al-Liwa' yang berwarna dasar putih, tulisan itu berwarna hitam. Sedangkan pada Ar- Rayah yang berwarna dasar hitam, tulisannya berwarna putih. Hal ini dijelaskan oleh Al-Kittani, yang berkata bahawa hadis-hadis tersebut (yang menjelaskan tentang tulisan pada Al-Liwa' dan Ar-Rayah) terdapat di dalam Musnad Imam Ahmad dan Tirmidzi, melalui jalur Ibnu Abbas. Imam Thabrani meriwayatkannya melalui jalur Buraidah al-Aslami, sedangkan Ibnu ‘Adi melalui jalur Abu Hurairah. Begitu juga hadis-hadis yang menunjukan adanya lafaz ‘ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ’ , pada bendera dan panji-panji perang, terdapat pada kitab Fathul Bari. Berdasarkan paparan tersebut diatas, bendera Islam di masa Rasulullah SAW adalah berwarna putih, berbentuk segi empat dan di dalamnya terdapat tulisan ‘ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ’ dengan warna hitam. Dan panji-panji perang di masa Rasulullah SAW berwarna dasar hitam, berbentuk persegi empat, dengan tulisan di dalamnya ‘ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ’ berwarna putih. Negara Khilafah Islamiyah akan segera bangkit kembali sesuai dengan janji Allah SWT, bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah dan Rasulullah SAW, pasti akan memperjuangkannya dan menantikan dengan hati gembira hadirnya kembali --Negara Islam Global-- yang akan mempersatukan seluruh umat Islam di dunia dalam satu naungan Negara iaitu Khilafah, dalam satu kibaran Bendera iaitu Bendera bertuliskan ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ , iaitu bendera Islam yang akan berkibar di setiap tiang-tiang bendera di seluruh Negeri Muslim di dunia. Insya Allah,
Friday, July 25, 2014
THE CALIPHATE AND THE MIRAGE IN THE DESERT
Name
|
Year(s)
|
Leader
|
Jammat at-Tawhid wal-Jihad
|
1999–2004
|
Abu Musab al-Zarqawi
|
Al-Qaeda in Iraq/Al-Qaeda in the Land of Two Rivers
|
2004–2006
|
Abu Musab al-Zarqawi
|
Majlis ash-Shura lil Mujahideen
|
2006
|
Abu Musab al-Zarqawi
|
Islamic State of Iraq
|
2006–2013
|
Abu Omar al-Baghdadi
|
Islamic State or Iraq and the Levant
|
2013–2014
|
Abu Bakr al-Baghdadi
|
Islamic State
|
Present
|
Abu Bakr al-Baghdadi
|
The Unity of the Islamic Ummah
Saturday, July 12, 2014
ISIS has no authority to establish Caliphate, Hizb ut-Tahrir Selasa, 08 Julai 2014 14:13
Source: kashmirwatch.com 2 /
Wednesday, April 30, 2014
Beberapa Persoalan Tentang Zakat Harta Dan Zakat Fitrah
Soalan: Bolehkah zakat dibahagikan kepada orang bukan Islam dalam kategori fakir dan miskin?
Soalan: Bolehkah zakat perdagangan itu diberikan dalam bentuk bahan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain? Jawapan: Para ulama berbeza pendapat tentang cara untuk mengeluarkan zakat perdagangan (zakat ‘uruudh at-tijarah). Terdapat dua pendapat yang utama: Pertama, pendapat ulama Hanafiyah (mazhab Hanafi) yang menyatakan bahawa adalah dibolehkan untuk memilih sama ada untuk mengeluarkan zakat dalam bentuk ‘ain (barang dagangannya) atau dalam bentuk qimah (nilai barang dagangannya iaitu melalui wang). Kedua, pendapat jumhur ulama (Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah) menyatakan bahawa adalah wajib untuk dikeluarkan dalam bentuk nilainya (qimah) dan bukannya dalam bentuk barang yang diperdagangkan. (Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/794-795). Pendapat yang dianggap rajih (kuat) dan dipilih oleh Syeikh Abdul Qadim Zallum adalah pendapat ulama Hanafiyah iaitu dibolehkan untuk sama ada memilih antara membayar dalam bentuk barang dagangannya ataupun nilai barang dagangannya. Ini adalah disebabkan terdapat dalil-dalil yang membolehkan amil zakat mengambil nilai (qimah) sebagai ganti daripada mengambil harta zakatnya itu sendiri (‘ainul mal). Antara dalilnya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Abu Ubaid bahawa ‘Amr bin Dinar ra meriwayatkan daripada Thawus ra, bahawa Nabi saw telah mengutus Muaz ke Yaman. Maka Muaz mengambil baju (tsiyab) sebagai ganti zakat gandum (al-hinthah) dan barli (asy-sya’ir). (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 168-169; 178). Jadi zakat perdagangan boleh dikeluarkan dalam bentuk barang yang diperdagangkan atau dalam bentuk nilai (qimah) barang dagangannya, yang mana ia dikeluarkan dalam bentuk mata wang yang beredar (an-naqd al-mutadawal). (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 180). Berdasarkan hal ini, maka para pedagang atau peniaga yang menjual sesuatu barang dagangan (misalnya baju), jika nilai barang dagangannya telah mencapai nisab (iaitu setara dengan 20 dinar, iaitu 85 gram emas atau 595 gram perak dan sudah cukup haulnya iaitu setahun) maka wajib baginya untuk mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada keseluruhan nilai barang dagangannya termasuklah keuntungannya. Zakatnya boleh diberikan dalam bentuk barang dagangannya itu sendiri, iaitu baju jika ia menjual baju, atau dalam bentuk mata wang yang beredar yang sama nilai dengannya. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 180). Jadi, bolehkah membayar zakat perdagangan dalam bentuk bahan mentah makanan asas? Menurut pegangan kami adalah dibolehkan. Dengan catatan, bahan-bahan tersebut mestilah mempunyai nilai (qimah) yang sama dengan nilai zakat perdagangan yang wajib dikeluarkannya. Wallahu a’lam.
3. Membayar Zakat Padi
Soalan: Jika zakat pertanian contohnya padi, bolehkah dikeluarkan sebahagian zakat dalam bentuk beras dan bakinya dikeluarkan dalam bentuk wang? Jawapan: Menurut Syeikh Abdul Qadim Zallum, padi (al-aruz) adalah tidak termasuk dalam hasil pertanian yang diwajibkan untuk dikeluarkan zakat. Hanya terdapat 4 sahaja hasil pertanian yang wajib untuk dizakatkan iaitu (1) barli (asy-sya’ir), (2) gandum (al-hinthah), (3) anggur kering/kismis (az-zabib) dan (4) kurma (at-tamr). Selain daripada keempat-empat ini tidak diwajibkan zakat. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 162). Pendapat Syeikh Zallum ini adalah hampir dengan pendapat Imam Ibnu Hazm yang menyatakan bahawa dalam zakat pertanian hanya terdapat 3 jenis yang wajib dizakatkan iaitu kurma (at-tamr), barli (asy-sya’ir), dan gandum (al-qamhu) dan tidak ada yang lain. (Lihat Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/193, Kitabuz Zakat, mas’alah no. 640). Semua fuqaha sepakat (ijma’) bahawa keempat-empat jenis tersebut iaitu barli (asy-sya’ir), gandum (al-hinthah), anggur kering (az-zabib) dan kurma (at-tamr) memang wajib untuk dizakatkan. Ia sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir dan Ibnu Abdil Barr. (Lihat Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 2/49, Kitabuz Zakat; Ibnul Mundzir, Kitab Al-Ijma’, hal 10, pasal 93; Ibnu Hazm, Maratibul Ijma’, hal. 18, Kitabuz Zakat). Sementara itu, para fuqaha berbeza pendapat tentang adakah wajib untuk hasil pertanian selain daripada empat jenis yang disebutkan di atas. (Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/193). Dalil yang menunjukkan pembatasan/had (hashr) zakat pertanian hanya terkena ke atas empat komoditi tersebut adalah berdasarkan kepada hadis Nabi SAW kepada Mudz bin Jabal dan Abu Musa Al-Asy’ari ketika Nabi SAW mengutus kedua mereka ke Yaman : Laa ta’khudza ash-shadaqah illa min haadzihi al-ashnaaf al-arba’ah asy-sya’ir wal-hinthah wa az-zabib wa at-tamr “Janganlah kamu berdua mengambil zakat kecuali daripada empat jenis iaitu : barli (asy-sya’ir), gandum (al-hinthah), anggur kering (az-zabib) dan kurma (at-tamr).” [HR Al-Baihaqi, As- Sunan Al-Kubra, 4/125]. Dalam hadis di atas, kata “janganlah” (laa) dirangkaikan dengan kata “kecuali” (illa). Ini menunjukkan bahawa adanya pembatasan (qashr) terhadap zakat pertanian yang diambil serta dihadkan kepada empat jenis itu sahaja dan tidak diambil daripada yang lain. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 162). Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa padi tidak termasuk sebagai salah satu hasil pertanian yang dikenakan kewajiban zakat. Maka ia tidak wajib untuk dikeluarkan zakat padi baik dalam bentuk beras mahu pun wang yang setara nilai dengannya. Namun, jika padi tersebut diperdagangkan, maka padi itu akan dikenakan kewajiban zakat perdagangan (‘urudh at-tijarah) apabila ia sudah memenuhi syarat nisab zakat perdagangan dan juga cukup haulnya (satu tahun). Wallahu a’lam.
4. Ukuran Satu Sha’ dalam Zakat Fitrah
Soalan: Bagi ukuran 1 sha’ itu bersamaan dengan berapa kilogram? Adakah sha’ itu satu ukuran berat ataupun isipadu? Jawapan: Ukuran bagi pengeluaran zakat fitrah adalah satu sha’ bahan makanan asas/ruji bagi setiap kepala. Sha’ itu adalah ukuran takaran (al-kail), bukan ukuran berat (al-wazan) atau isipadu. Satu sha’ gandum (al-qamhu) beratnya adalah 2176 gram. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 60). Walaupun takarannya sama (satu sha’), tetapi bagi setiap biji-bijian yang berlainan akan mempunyai berat yang berbeza. Contohnya satu sha’ gandum ukurannya tidak sama dengan satu sha’ beras, begitu juga dengan satu sha’ jagung dan lain-lain lagi. Terdapat ulama Indonesia yang pernah melakukan ukuran dan perhitungan dalam mencari nilai satu sha' itu bersamaan dengan berapa gram beras. Antaranya adalah Prof. Mahmud Yunus yang mana dalam kitabnya, Al-Fiqhul Wadhih Juz 2 hal. 10, beliau menyatakan bahawa 1 sha’ beras itu adalah setara dengan 2187.5 gram beras. Beliau menyatakan : “Wa yukhriju al-muzakkiyyu ‘an kulli syakhsin shaa’an min al aruz, wa qadruhu kiluwaani wa mi’atun wa sab’atun wa tsamaanuuna wa nishfu qiraamin” “Orang yang mengeluarkan (zakat fitrah) untuk setiap kepala adalah sebanyak satu sha’ beras, dan kadarnya (beratnya) adalah bersamaan dengan dua kilogram seratus lapan puluh tujuh perpuluhan lima gram (2187.5 gram).” (Mahmud Yunus, Al-Fiqhul Wadhih, Juz 2 hal. 10). Wallahua'lam.
5. Zakat Wang Simpanan
Soalan: Adakah wang tabungan atau simpanan yang disimpan selama satu tahun dianggap sama dengan pendapatan? Adakah dikenakan zakat ke atasnya dan berapakah nisabnya? Adakah ia termasuk dalam zakat pendapatan? Jawapan: Wang kertas (an-nuquud al-waraqiyah atau wang fiat) tidak kira sama ada disimpan dalam tabung dan bank ataupun tidak, ia wajib dikeluarkan zakat jika telah memenuhi dua kriteria sepertimana zakat emas dan perak. Pertama, ia telah mencapai nisab iaitu setara dengan nilai emas (20 dinar iaitu 85 gram emas) atau senilai dengan nisab perak (200 dirham iaitu 595 gram). Kedua, ia telah cukup satu tahun (haul) tanpa digunakan. Zakat yang dikenakan adalah sebanyak 2.5%. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 177). Kewajiban zakat atas wang kertas itu diqiyaskan dengan kewajiban zakat ke atas emas dan perak kerana terdapat persamaan dari segi ‘illat (sebab berlakunya hukum) terhadap kedua-dua wang kertas dan emas/perak. Kedua-duanya mempunyai sifat sebagai mata wang (an-naqdiyah) dan juga sebagai harga (ats-tsamaniyyah). Illat ini diistinbath (digali) daripada pelbagai hadis yang mengisyaratkan bahawa adanya sifat sebagai mata wang (an-naqdiyah) dan sebagai harga (ats-tsamaniyyah) yang menjadi landasan kewajiban terhadap zakat ke atas emas dan perak. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 177). Antaranya, hadis Nabi SAW : "Fa-haatuu shadaqata ar-riqqah" “Maka datangkanlah (bayarlah) zakat riqqah (perak yang dicetak sebagai mata wang).” [HR Bukhari, dari Ali bin Abi Thalib RA]. Sebutan kata “riqqah” (perak yang dicetak sebagai mata wang) dan bukannya kata “fidhdhah” (perak) menunjukkan adanya sifat sebagai mata wang (an-naqdiyah) dan sebagai harga (ats-tsamaniyyah). Siifat ini bukan hanya wujud pada perak atau emas yang dijadikan mata wang, tetapi juga pada wang kertas yang dilakukan sekarang, meskipun wang kertas tersebut tidak disandarkan dengan emas atau perak. Jadi, wang kertas wajib untuk dizakatkan sepertimana wajibnya zakat ke atas emas dan perak. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai wang yang telah memenuhi kedua-dua kriteria tersebut, iaitu nisab dan haul, maka ia wajib untuk dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 %. (Abdul Qadim Zalum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 177). Berkaitan dengan nisab, mungkin ada yang bertanya, apakah standard atau kayu ukur yang perlu digunapakai. Adakah nisab emas (85 gram emas) ataupun nisab perak (595 gram perak) memandangkan fakta/realiti (manath) wang kertas yang ada sekarang tidak dijamin atau disandarkan kepada emas dan perak? Dalam masalah ini, kami cenderung kepada pendapat Wahbah Az-Zuhaili yang mana ia menyatakan bahawa pendapat yang lebih tepat (ashah) adalah menggunakan nisab emas untuk zakat wang simpanan berbanding nisab perak. Ini adalah kerana nisab emas itu nilainya adalah setara dengan nisab binatang ternak (unta, lembu dan kambing). Ia juga disebabkan oleh meningkatnya kos sara hidup dan juga melonjaknya pelbagai keperluan-keperluan yang lain. (Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/773). Sebagai contoh, pada hari ini (Julai 2013), harga emas semasa adalah RM155.00 per gram. Jadi, untuk mengira nisab zakat wang adalah RM155 x 85 gram emas = RM13,175.00. Jika seseorang itu mempunyai simpanan wang sebanyak RM14,000.00, maka ini bererti jumlah wangnya sudah melebihi nisab minimum untuk wajib dikeluarkan zakat (RM13,175.00). Jika wangnya yang telah mencapai nisab itu tadi sudah dimilikinya (tidak digunakan langsung atau tiada pengurangan) selama satu tahun (haul) hijriyah (bukan tahun Masihi), maka zakat yang dikenakan adalah 2.5% x RM14,000 = RM350. Jika 10 tahun yang lalu, harga emas semasa adalah kira-kira RM30 per gram. Jadi nisab zakat pada ketika itu adalah RM30 x 85 gram emas = RM2550.00. Jika jumlah wangnya sudah sampai atau melebihi RM2550.00, dan tersimpan selama sekurang-kurangnya setahun tanpa digunakan, maka zakat yang wajib dikeluarkan pada waktu itu adalah 2.5% daripada simpanannya yang ada. Inilah yang dimaksudkan oleh Wahbah Az-Zuhaili tentang meningkatnya kos sara hidup di mana nilai wang kertas fiat beberapa tahun dahulu adalah berbeza dengan nilai wang kertas hari ini jika pengiraannya dibandingkan dengan nilai emas semasa. Oleh itu, adalah tidak relevan jika sekiranya zakat simpanan wang ditetapkan nisabnya dalam bentuk matawang (contohnya ringgit) memandangkan harga emas sentiasa berubah di sepanjang masa. Zakat simpanan wang fiat perlu sentiasa dikira berdasarkan harga emas semasa. Wang simpanan adalah sama sekali tidak sama dan tidak pernah sama dengan gaji (pendapatan). Wang simpanan sememangnya boleh berasal daripada gaji. Ia juga boleh datang daripada sumber-sumber yang lain seperti harta warisan, sedekah, hadiah, zakat dan lain-lain lagi. Oleh itu, dalam syariah Islam, yang wujud bagi wang hanyalah zakat wang (simpanan) dan bukannya zakat pendapatan. Zakat wang itu bersifat umum dan hasil wang tersebut boleh datang daripada gaji (pendapatan) ataupun sumber-sumber halal yang lain. Kami tidak bersetuju dengan apa yang dikenali sebagai zakat pendapatan kerana dalil-dalil yang digunakan sebagai asas dan hujah adalah sangat lemah serta didapati terdapat istidlal (penggunaan dalil) yang sungguh keliru. Di sini kami tidak berniat untuk membentangkan kekeliruan tentang zakat pendapatan ini. Tetapi sekiranya menginginkan bacaan lanjut, bolehlah dibaca melalui jaringan berikut http://www.mykhilafah.com/fikih/2339-hukum-zakat-pendapatan atau menelaah kitab yang berjudul Zakat Rawatib Al-Muwazhzhafin wa Kasb Ash-hab Al-Mihan Al-Hurrah, karangan Dr. Al-Yazid bin Muhammad Ar-Radhi. Wallahua'lam.
THE METHOD TO ESTABLISH KHILAFAH
video
Ketika berbicara di televisi BBC, Perdana Menteri Inggris Gordon Brown menyerukan intervensi lebih besar dari Barat di Yaman dan menyerang tuntutan bagi kekhalifahan dunia di dunia Muslim sebagai sebuah “ideologi pembunuh” dan suatu “penyimpangan dari islam “.
Taji Mustafa, Perwakilan Media Hizbut Tahrir Inggris berkata: “Gordon Brown, seperti halnya Tony Blair yang memerintah sebelumnya, berbohong [...]
Banyak naskah berserak yang mengungkapkan temuan sejumlah penyakit mental dan...
Tahap pertama sesungguhnya adalah tahap pembentukan gerakan,...
Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
- 1/24/2010: Halqah Islam dan Peradaban edisi 16
ACFTA-PASAR BEBAS 2010: “BUNUH DIRI EKONOMI INDONESIA”
Mulai 1 Januari 2010, Indonesia harus membuka pasar dalam negeri secara luas kepada negara-negara ASEAN dan Cina. Sebaliknya, Indonesia dipandang akan mendapatkan kesempatan lebih luas untuk memasuki pasar dalam negeri negara-negara tersebut. Pembukaan pasar ini merupakan perwujudan dari perjanjian perdagangan bebas antara enam negara anggota ASEAN (Indonesia, Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Brunei Darussalam) dengan Cina, [...]
EDISI KHAS
بسم الله الرحمن الرحيم
هَذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ
Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan dengannya, manusia diberi peringatan (TMQ Ibrahim [14]: 52)