HADHARAH ISLAMIYYAH Headline Animator

Saturday, January 9, 2010

Poligami Dalam Perspektif Sejarah, Politik Dan Syariat Islam
Khamis, 07 Januari 2010 11:30
POLIGAMI DALAM PERSPEKTIF SEJARAH, POLITIK, DAN SYARIAT ISLAM
(Bahagian Pertama)

PENDAHULUAN
Poligami merupakan salah satu isu yang tidak pernah putus diperdebatkan oleh masyarakat Islam; sama ada dengan tujuan untuk menjelaskan hukum syarak berkaitan dengan sistem kekeluargaan Islam atau di satu sudut lain, dijadikan modal utama para pejuang feminisme dan kaum liberalis untuk menyerang Islam kerana poligami seringkali dianggap sebagai hukum yang merendahkan dan menghinakan wanita. Melihat kenyataan perdebatan yang tidak kunjung usai berkenaan pro-kontra poligami mutakhir ini, maka artikel ini ditulis sebagai usaha untuk mengupas masalah poligami ini dari perspektif yang komprehensif.

Tujuan penulisan ini adalah:

Pertama, untuk meninjau isu poligami dari tinjauan historis (sejarah), serta untuk menyenaraikan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam isu perdebatan pro-kontra poligami ini;

Kedua, untuk meninjau isu poligami dari tinjauan politik, iaitu untuk membongkar motif politik di sebalik pelbagai peraturan pemerintah yang mempersulitkan amalan poligami.

Ketiga, untuk meninjau poligami dari tinjauan normatif (syariah Islam) iaitu dengan menjelaskan hukum poligami di dalam Islam dan membantah pendapat-pendapat yang mengharamkan poligami.

SEJARAH PERDEBATAN PRO-KONTRA POLIGAMI
Sepanjang lebih 1300 tahun (sehingga abad ke-18 M atau 13 H), para ulama tidak pernah berbeza pendapat dalam membincangkan tentang hukum poligami (ta'addud al-zawjat). Seluruh ulama pada ketika itu sepakat tentang kemubahan (kebolehan) berpoligami berdasarkan nas-nas dan dalil yang bersifat qath'i (pasti). Abdurrahman Faris Abu Lu'bah di dalam kitab beliau Syawa`ib al-Tafsir fi al-Qarni al-Rabi’ ‘Asyara al-Hijri hal. 360 :

" Menurut para fuqaha', pernikahan dengan lebih dari satu isteri bagi seorang lelaki adalah ketentuan syariah yang sudah tetap (syar'un tsabit) dan sunnah/ jalan yang diikuti (sunnah muttaba’ah). Tidak pernah para fuqaha' memperdebatkan masalah ini, meskipun mereka berbeza pendapat di dalam kebanyakan bab dan masalah fikih. Ini kerana hukum tersebut (kebolehan berpoligami) didasarkan pada dalil qath’i tsubut (pasti bersumber dari Rasulullah) dan qath’i dalalah (pasti maksudnya) dan tidak ada sebarang ruang ijtihad untuk memperdebatkannya"

Para imam madzhab yang empat, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i, dan Imam Ahmad, telah bersepakat bahawa hukum poligami adalah mubah. Hal ini disimpulkan melalui kitab al-Fiqh ‘Ala Al-Madzahib Al-Arba’ah karya Syaikh Abdurrhaman Al-Jaziry Juz IV hal. 206-217 (Beirut : Darul Fikr, 1996) yang membahaskan tentang pembahagian nafkah dan bermalam kepada para isteri (mabahits al-qasm bayna al-zawjat fi al-mabit wa al-nafaqah wa nahwihima).

Di dalam kitab Maratib al-Ijma’, Ibnu Hazm menyatakan bahawa para ulama bersepakat bahawa apabila seorang lelaki muslim menikahi maksimum empat orang wanita sekaligus, maka hukumnya adalah halal. (Ibnu Hazm, Maratib al-Ijma’, hal. 62) [Lihat Ariij Binti Abdurrahman As-Sanan, Adil Terhadap Para Isteri (Etika Berpoligami), [Jakarta : Darus Sunnah Press, 2006], hal 41].

Maka, terbuktilah bahawa selama lebih 1300 tahun, tidak pernah ada perdebatan tentang hukum kebolehan berpoligami di kalangan seluruh umat Islam.

Persoalannya, sejak bilakah sebenarnya muncul isu pro-kontra poligami ini seperti yang sering ditimbulkan akhir-akhir ini?. Sebenarnya perdebatan pro-kontra poligami ini hanya muncul pada abad ke-19 M (bersamaan 14 H) ketika imperialisme Barat menjaja ideologi sekular dan menancapkan kukunya di pelbagai belahan Dunia Islam.

Di dalam situasi serangan pemikiran terhadap syariah Islam oleh para kafir penjajah ini, maka muncullah beberapa modernis dan puak liberalis dari kalangan orang Islam sendiri yang menggugat dan menolak poligami. Di antaranya ialah, Sayyid Ahmad Khan (1817-1898), Ameer Ali (1849-1928), Muhammad Abduh (1849-1905), Qasim Amin (1863-1908), dan Maulana Abul Kalam Azad (1888-1958) [Lihat Maryam Jameelah, Islam and Modernism, Lahore : Muhammad Yusuf Khan and Sons, 1988].

Sayyid Ahmad Khan misalnya, berpandangan bahawa asas pernikahan di dalam Islam adalah monogami, manakala poligami adalah satu pengecualian (perkara yang di luar dari norma dan kebiasaan). Maka, poligami tidak diperbolehkan kecuali dalam keadaan tertentu dan bersyarat [Busthami M. Said, Gerakan Pembaruan Agama Antara Modernisme dan Tajdiduddin, hal. 141].

Muhammad Abduh dalam Tafsir Al-Manar (yang ditulis oleh muridnya Rasyid Ridha) di dalam Juz IV hal. 346-363 juga berpegang dengan pendapat yang sama dengan Sayyid Ahmad Khan. Intinya, asas pernikahan di dalam Islam adalah monogami, bukan poligami. Poligami diharamkan kerana ia akan menimbulkan dharar (bahaya) seperti konflik di antara isteri dan anggota keluarga, dan hanya dibolehkan dalam keadaan tertentu atau darurat sahaja [Tafsir Al-Manar, Juz 4/350].

Pendapat Abduh ini seterusnya diikuti oleh para pemikir lain, baik yang dikenali sebagai kelompok modernis/liberalis mahupun yang sekadar pengikut kepada ulama-ulama tersebut. Antaranya ialah Syaikh Al-Bahiy al-Khuli, Syaikh Abdul Muta’al Ash-Shaidiy, dan Abdul Aziz Fahmi [Lihat telaah atas pemikiran tafsir ketiga tokoh ini di dalam Fadhl Hasan Abbas, Ittijahat al-Tafsir fi al-‘Ashr al-Hadits, I/114-115].

Selain itu, pendirian Abduh yang anti poligami sedikit sebanyak turut mempengaruhi Jamaluddin al-Qasimi (Tafsir al-Qasimi/Mahasin al-Ta`wil, V/30), Ahmad Musthafa al-Maraghi (Tafsir al-Maraghi, IV/183), Muhammad Izzat Darwazah (at-Tafsir al-Hadits, IX/11-13), Abdul Karim Khathib (at-Tafsir al-Qur`ani li al-Qur`an, II/697), Dr. Wahbah Zuhaili (Tafsir al-Munir, IV/242), dan Ali Nasuh ath-Thahir (Tafsir Al-Qur`an al-Karim Kama Afhamuhu, I/309). Para “ulama” ini bolehlah dikatakan mempunyai pandangan yang ' senasab' iaitu berasal dari idea Abduh.

Hakikatnya, pandangan golongan ulama yang anti-poligami ini bukanlah sebenarnya berasal dari mereka. Mereka hanyalah menceduk pandangan dari para orientalis atau missionari Kristian/ Katholik. Perkara ini bukanlah suatu yang mengejutkan di kalangan masyarakat barat memandangkan ajaran agama mereka yang menolak amalan poligami. Maka, tidak hairanlah jika penganut agama tersebut sangat menghinakan dan mencemuh amalan poligami yang dibolehkan di dalam Islam

Di dalam kitab Akhthar al-Ghazw al-Fikri ‘Ala al-‘Alam al-Islami karya Dr. Shabir Tha’imah hal. 53 (Beirut : ‘Alam al-Kutub, 1984), disebutkan bahawa poligami merupakan salah satu ajaran Islam yang paling sering dikecam oleh kaum missionaris. Di dalam kitab lain, al-Tabsyir wa al-Isti’mar fi al-Bilad al-Arabiyah hal. 42-43 (Beirut : Maktabah Arabiyah, 1986) Dr. Musthafa al-Khalidi dan Dr. Umar Umar Farrukh menerangkan, bahawa poligami telah menjadi sasaran hinaan atau kritikan oleh kaum orientalis kafir, seperti W. Wilson Cash, di dalam bukunya The Moslem World in Revolution (London : 1926), hal. 98. Orientalis Noel J. Coulson mengatakan, bahawa keadilan di antara isteri adalah sangat mustahil dapat dipenuhi, dan kerana itu, poligami perlu dilarang sama sekali (Lihat Noel J. Coulson, “Konsep Tentang Kemajuan dan Hukum Islam”, dalam Ahmad Ibrahim dkk (Ed.), Islam di Asia Tenggara, [Jakarta : LP3ES, 1990], hal.170]

Kesimpulannya, serangan terhadap hukum poligami sebenarnya bukanlah isu yang baru bermunculan sejak akhir-akhir ini. Sebaliknya, ia telah bermula sejak abad ke-19 M. Kecaman tersebut juga bukanlah datang dari para ulama kaum muslimin, tapi sebenarnya adalah berasal dari kaum orientalis atau missionari kuffar dan seterusnya diteruskan pula oleh kaum modernis/ liberalis seperti Sayyid Ahmad Khan dan rakan-rakannya. Akhirnya, pandangan dari kaum modernis inilah yang telah diambil dan dijadikan sebahagian dari peraturan-peraturan keluarga Islam oleh para pemimpin sekular di negara-negara kaum muslimin.

Maka, dari sini kita boleh melihat tiga tahapan serangan ke atas hukum poligami. Pertama, serangan kaum orientalis dan misionaris. Kedua, serangan tersebut diteruskan pula oleh para pemikir modernis/ liberalis seperti Abduh dan lain-lain. Ketiga, serangan tersebut telah diformalisasikan di dalam bentuk peraturan dan undang-undang keluarga Islam oleh para pemimpin kaum muslimin.[Mohammad Baharun, Isu Zionisme Internasional, hal. 53; Dr. Abdul Majid al-Muhtasib, Ittijahat al-Tafsir fi al-‘Ashr al-Rahin, hal. 187].

Jika dilihat sekali imbas, kaum liberal/ modernis ini seakan-akan membela Islam kerana kebijakan mereka mempergunakan dan memutarbelitkan penafsiran ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis tertentu bertujuan untuk mengaburi pemahaman umat Islam sehinggalah timbul pemahaman bahawa hukum poligami adalah haram dan dilarang di dalam Islam. Abul A’la Al-Maududi –rahimahullah— mengkritik pandangan kaum modernis/ liberalis ini dengan tegas dan tepat di dalam ucapan beliau,

“Demikian pula tentang idea larangan poligami, tidak lain ia hanyalah barangan asing yang diimport ke negara kita dengan alasan palsu yang disandarkan kepada Al-Qur`an.” [Abul A’la Al-Maududi, Al-Islam fi Muwajahah Tahaddiyat al-Mu’ashir, hal. 259].

Maka, jelaslah bahawa penentangan terhadap poligami itu hakikatnya bukanlah kerana ia adalah perbuatan dosa dan dilarang di sisi syariat Islam. Ia tidak lain adalah kerana terikut-ikut dengan pandangan masyarakat barat yang menganut agama Nasrani (Kristian) yang memandang bahawa poligami itu adalah barang najis yang sangat dibenci oleh mereka. Perlu juga dijelaskan di sini bahawa agama Nasrani secara de facto tidak pernah mengharamkan poligami kerana tidak ada satu pun ayat Injil yang melarang kebolehan berpoligami.

Amalan monogami yang dijalankan oleh masyarakat Eropah adalah semata-mata tradisi kekeluargaan yang diwarisi dari bangsa Yunani dan Rom. Ketika masyarakat Rom berduyun-duyun memeluk agama Nasrani pada abad ke-4 M, mereka tetap meneruskan tradisi nenek moyang mereka yang melarang amalan poligami. Maka, peraturan monogami secara normatifnya, bukanlah ajaran agama Nasrani, melainkan adalah adat warisan lama yang secara sosiologis telah berkembang sejak kaum Yunani dan Rom menganut agama berhala (paganisme)

Pihak gereja hanya meneruskan larangan poligami dan menganggapnya sebagai norma agama Nasrani, sedangkan di dalam lembaran-lembaran Kitab Injil sendiri tidak pernah menyebutkan adanya larangan poligami. [Lihat Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, Jilid VI/157; H.S.A Alhamdani, Risalah Nikah : Hukum Perkawinan Islam, hal. 79-80; Ahmed Deedat, The Choice Dialog Islam-Kristen, hal. 85-88; David C. Pack, The Truth About Polygamy,http://www.thercg.rg].

Inilah sekilas penjelasan tentang sejarah pro-kontra poligami di dalam tubuh umat Islam, termasuklah kaitannya dengan sejarah poligami di dalam masyarakat Eropah. Kesimpulannya, serangan terhadap poligami jika dikaji secara mendalam adalah merupakan sebahagian dari Perang Pemikiran (al-Ghazwul Fikri) di antara kaum imperialis kuffur barat yang beragama Kristian dan berideologi sekular-kapitalis, dengan kaum muslimin yang meyakini Islam sebagai ideologi.

Malangnya, Perang Pemikiran itu nampaknya telah dimenangi oleh puak imperialis Barat yang kafir, dengan dukungan kaum intelektual liberal dan para penguasa sekular. Buktinya banyak negara-negara kaum muslimin yang melarang atau membatasi poligami dengan syarat-syarat yang tidak pernah disebutkan di dalam Al-Quran dan sunnah RasulNya. Contohnya, Tunisia (Undang-Undang Status Peribadi tahun 1957), Morokko (Undang-Undang Tahun 1958), Iraq (Undang-Undang tahun 1960), Pakistan (Ordinan Hukum Keluarga Muslim Tahun 1961), Indonesia (Undang-Undang 1/1974), Mesir (Undang-Undang Jihan Tahun 1979, pindaan 1985), dan sebagainya. (Lihat Noel J. Coulson, ibid.; Taufik Adnan Amal & Samsu Rizal Panggabean, Politik Syariat Islam, [Jakarta : Pustaka Alvabet, 2005], hal. 140).

Sesungguhnya, negara-negara umat Islam yang melarang poligami ini bukanlah sedang mengamalkan ajaran Islam, melainkan sedang bertaqlid buta kepada imperialis Barat-Kristian, untuk menjalankan ajaran palsu agamanya yang anti poligami,. Lebih menyedihkan, mereka menjustifikasikan penipuan mereka dengan memutarbelitkan penafsiran Al-Quran dan As-Sunnah oleh kaum modernis yang menjadi ejen-ejen Barat.

MOTIF POLITIK DI SEBALIK PEMBATASAN POLIGAMI
Berdasarkan tinjauan sejarah di atas, kita dapat mengungkap motif hakiki di sebalik pembatasan atau larangan poligami oleh para pemimpin sekular di negara-negara kaum Muslimin. Motif ini dibongkarkan dengan sangat jelas oleh Abdurrahim Faris Abu Lu’bah di dalam kitabnya Syawa`ib al-Tafsir fi al-Qarni al-Rabi’ ‘Asyara al-Hijri hal. 360. Menurut beliau, tujuan dari seluruh usaha menghalang atau membataskan poligami adalah semata-mata untuk mengubahsuai institusi keluarga masyarakat Muslim agar mengikuti model institusi keluarga masyarakat barat di Eropah, khususnya selepas mereka mengalami revolusi pemikiran (Enlightenment) pada abad ke-17 M (liyu’ida tanzhima al-usrati fi al-mujtama’ al-Islami ‘ala ghirari tanzhimi al-usrati fi al-mujtama’ al-gharbiy). Tujuan akhir di sebalik semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghancurkan institusi kekeluargaan Islam dan seterusnya digantikan dengan model penjajah kafir.

Inilah motif politik mereka, walaupun mereka (para pemimpin dan pejuang anti-poligami) bermanis kata dan menyebarkan propaganda bahawa pembatasan poligami yang mereka lakukan adalah semata-mata untuk "melindungi wanita" atau dalih-dalih palsu yang lain. Bohong!. Sesungguhnya ucapan-ucapan mereka hanyalah tipu daya agar umat Islam 'terpancing' untuk sedia diatur oleh undang-undang batil yang intinya adalah tradisi kafir barat.

Institusi keluarga masyarakat barat bukanlah model ideal bagi kaum muslimin. Kedua-duanya merupakan entiti yang berbeza secara mendasar dari segi akidah, identiti, norma dan sejarah. Institusi keluarga di barat dibentuk oleh ajaran gereja yang mewarisinya dari kaum Yunani dan Rom. Malah perilaku seks bebas, penzinaan, homoseksual, lesbian, dan pelbagai lagi jenis seks luar tabii tidak dianggap sesuatu yang mengaibkan di Eropah . Anak-anak zina yang tidak diketahui nasab keturunannya bukan lagi sesuatu yang pelik bagi mereka. Hal-hal ini tidak ditemukan di dalam ajaran Islam, malah akan dikenakan hukuman uqubat yang tegas. Maka, akal waras yang manakah yang masih mengakui bahawa institusi keluarga Barat jauh lebih baik atau bertamadun dibandingkan hukum kekeluargaan Islam yang memelihara kemuliaan dan kehormatan manusia, lelaki dan wanita, dengan menghalalkan monogami dan poligami???!!. [Abdurrahim Faris Abu Lu’bah, Syawa`ib al-Tafsir, hal. 360-361].

Wujudnya peraturan dan undang-undang yang membataskan dan meletakkan syarat-syarat bertujuan untuk menyukarkan amalan poligami sebenarnya telah merombak institusi kekeluargaan Islam dan membenarkan proses transformasi sosial untuk meniru gaya hidup masyarakat Barat.

Persoalannya, relakah anda sebagai seorang Muslim yang meyakini akidah dan syariat Islam sebagai yang terbaik; untuk dipaksa menjalani gaya hidup Barat yang jelas-jelas Kafir?

Apakah para pemimpin kaum muslimin dan pejuang anti-poligami ini sudah tidak punya mata, telinga, akal dan hati nurani sehingga tidak mampu menilai betapa bejat dan rosaknya masyarakat dan institusi keluarga di Barat?

Adakah mereka tidak tahu bahawa 75% anak-anak di barat adalah anak zina? Adakah mereka tidak tahu bahawa satu pertiga (31%) daripada masyarakat di Amerika yang sudah berumahtangga melakukan hubungan seksual dengan pasangan lain? Adakah mereka tidak tahu bahawa majoriti masyarakat mereka tidak menganggap bahawa hubungan seksual dengan pasangan lain sebagai tindakan yang salah, memalukan dan berdosa?

Adakah masyarakat dan keluarga rosak seperti ini yang dicita-citakan oleh para pemimpin sekular umat Islam hari ini?! [Lihat James Patterson & Peter Kim, The Day American Told the Thruth, New York : Plume Book, 1991].

Dr. Shabir Tha’imah di dalam salah satu bukunya menyebutkan usaha-usaha mereka ini sebagai “penjajahan moden” (al-isti’mar al-hadits). Istilah ini muncul di kalangan bangsa-bangsa lemah yang terjajah melalui bentuk baru pasca Perang Dunia II. Penjajahan moden ini adalah dominasi, orientasi, dan eksploitasi generasi muda negara bekas jajahan tersebut, di mana mereka bertindak tidak ubah seperti peranan penjajah sebelumnya yang menjajah dengan tangan besi (wa huwa laysa fi haqiqatihi illa as-saytharah wa at-tawjih wa al-istitsmar ‘an thariq abna’ al-balad alladziy kaanat fiihi qabdhah al-isti’mar wa ta’mal amalaha biquwwati al-hadid wa an-nar). [Dr.Shabir Tha’imah, Akhthar al-Ghazw al-Fikri ‘Ala al-‘Alam al-Islami, [Beirut : ‘Alam al-Kutub, 1984], hal. 50].

Kesimpulannya, jika umat Islam sebelum Perang Dunia Ke-II dijajah secara langsung oleh Barat melalui perang fizikal, maka kini pasca Perang Dunia Ke-II, umat Islam dijajah oleh para pemimpinnya sendiri yang menjadi tangan-tangan dan boneka kafir Barat. Inilah hakikat yang terjadi ketika pemimpin umat Islam menerapkan peraturan dari Barat (seperti pembatasan poligami) ke atas umat Islam dengan kekuatan dan paksaan.

Akan Bersambung……

Petikan:
http://www.mykhilafah.com/fokus-muslimah/1856-poligami-dalam-perspektif-sejarah-politik-dan-syariat-islam

1 comments:

Unknown said...

Salam alhamdulillah suatu artikel yg cukup bermanfaat dlm menagkis serangan pemikiran dr kufur barat..teruskan usaha ana menantikan siri sambungannya..dan ana cukup tertarik blog anta keranan sbb lainnya cukup byk sumber2 ilmiah yg boleh dikaji antaranya e-book..teruskn lagi bg anta utk upload lebih byk bhn2 e-book InsyaALLAH :-)

THE METHOD TO ESTABLISH KHILAFAH

video

Bangsa ini Harus Segera Bertobat

Assalâmu‘alaikum wa rahmatullâhi wa barakâtuh.

Pembaca yang budiman, negeri ini seolah menjadi negeri segudang bencana; baik bencana alam maupun bencana kemanusiaan. Bencana alam ada yang bersifat alamiah karena faktor alam (seperti gempa, tsunami, dll), tetapi juga ada yang karena faktor manusia (seperti banjir, kerusakan lingkungan, pencemaran karena limbah industri, dll). Adapun bencana kemanusiaan seperti kemiskinan, kelaparan serta terjadinya banyak kasus kriminal (seperti korupsi, suap-menyuap, pembunuhan, perampokan, pemerkosaan, maraknya aborsi, penyalahgunaan narkoba, dll) adalah murni lebih disebabkan karena ulah manusia. Itu belum termasuk kezaliman para penguasa yang dengan semena-mena menerapkan berbagai UU yang justru menyengsarakan rakyat seperti UU Migas, UU SDA, UU Listrik, UU Penanaman Modal, UU BHP, dll. UU tersebut pada kenyataannya lebih untuk memenuhi nafsu segelintir para pemilik modal ketimbang berpihak pada kepentingan rakyat.

Pertanyaannya: Mengapa semua ini terjadi? Bagaimana pula seharusnya bangsa ini bersikap? Apa yang mesti dilakukan? Haruskah kita menyikapi semua ini dengan sikap pasrah dan berdiam diri karena menganggap semua itu sebagai ’takdir’?

Tentu tidak demikian. Pasalnya, harus disadari, bahwa berbagai bencana dan musibah yang selama ini terjadi lebih banyak merupakan akibat kemungkaran dan kemaksiatan yang telah merajalela di negeri ini. Semua itu tidak lain sebagai akibat bangsa ini telah lama mencampakkan syariah Allah dan malah menerapkankan hukum-hukum kufur di negeri ini.

Karena itu, momentum akhir tahun ini tampaknya bisa digunakan oleh seluruh komponen bangsa ini untuk melakukan muhâsabah, koreksi diri, sembari dengan penuh kesadaran dan kesungguhan melakukan upaya untuk mengatasi berbagai persoalan yang melanda negeri ini. Tampaknya bangsa ini harus segera bertobat dengan segera menerapkan hukum-hukum Allah SWT secara total dalam seluruh aspek kehidupan mereka. Maka dari itu, perjuangan untuk menegakan syariah Islam di negeri ini tidak boleh berhenti, bahkan harus terus ditingkatkan dan dioptimalkan. Sebab, sebagai Muslim kita yakin, bahwa hanya syariah Islamlah—dalam wadah Khilafah—yang bisa memberikan kemaslahatan bagi negeri ini, bahkan bagi seluruh alam raya ini.

Itulah di antara perkara penting yang dipaparkan dalam tema utama al-wa‘ie kali ini, selain sejumlah tema penting lainnya. Selamat membaca!

Wassalâmu‘alaikum wa rahmatullâhi wa barakâtuh.

Add This! Blinklist BlueDot Connotea del.icio.us Digg Diigo Facebook FeedMeLinks Google Magnolia Ask.com Yahoo! MyWeb Netvouz Newsvine reddit Simpy SlashDot Spurl StumbleUpon Technorati
Cetak halaman ini Cetak halaman ini      

-->
EDITORIAL
10 Jan 2010

Ketika berbicara di televisi BBC, Perdana Menteri Inggris Gordon Brown menyerukan intervensi lebih besar dari Barat di Yaman dan menyerang tuntutan bagi kekhalifahan dunia di dunia Muslim sebagai sebuah “ideologi pembunuh” dan suatu “penyimpangan dari islam “.
Taji Mustafa, Perwakilan Media Hizbut Tahrir Inggris berkata: “Gordon Brown, seperti halnya Tony Blair yang memerintah sebelumnya, berbohong [...]

Index Editorial
Leaflet
No Image
09 Jan 2010
بِسْـــمِ اللهِ الرَّحْمٰـــنِ الرَّحِيـــم Sia-sia Saja Menggantungkan Harapan Kepada Rencana-rencana Pemerintahan Partai Keadilan dan Pembangunan (AKP)! Pemerintahan Partai Keadilan dan Pembangunan...
Index Leaflet
KALENDER
January 2010
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
   
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
  • 1/24/2010: Halqah Islam dan Peradaban edisi 16
POLLING

Islam hanya mengakui pluralitas, bukan pluralisme. Pandangan Anda?

View Results

Loading ... Loading ...
AL-ISLAM
Al-Islam

ACFTA-PASAR BEBAS 2010: “BUNUH DIRI EKONOMI INDONESIA”

Mulai 1 Januari 2010, Indonesia harus membuka pasar dalam negeri secara luas kepada negara-negara ASEAN dan Cina. Sebaliknya, Indonesia dipandang akan mendapatkan kesempatan lebih luas untuk memasuki pasar dalam negeri negara-negara tersebut. Pembukaan pasar ini merupakan perwujudan dari perjanjian perdagangan bebas antara enam negara anggota ASEAN (Indonesia, Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Brunei Darussalam) dengan Cina, [...]

Index Al Islam

EBOOK DOWNLOAD
Ebook Download

Download buku-buku yang dikeluarkan Hizbut Tahrir, dalam bahasa Indonesia, Arab dan Inggris.

Download disini

RSS NEWSLETTER
Powered By Blogger

Followers