HADHARAH ISLAMIYYAH Headline Animator

Thursday, November 24, 2011

Kemenangan An-Nahdha, Kebangkitan Politik Islam ?

Isnin, 21 November 2011 09:29

Sejak tumbangnya rejim Zainal Abidin bin Ali, parti an-Nahdha kini telah muncul sebagai pemenang dalam pilihanraya demokrasi yang pertama di negara Tunisia. Tidak dapat dinafikan bahawa kemenangan parti An-Nahdha ini menunjukkan bahawa betapa kuatnya arus pengaruh Islam dalam pergolakan kebangkitan di Timur Tengah (Arab Spring). Walaupun mereka tidak mengisytiharkan diri mereka sebagai parti agama, tetapi parti ini ditubuhkan oleh aktivis-aktivis Islam yang mengambil pemikiran gerakan Ikhwanul Muslimin. Kebangkitan politik Islam dalam 'Arab Spring'  ini juga dapat dilihat daripada keinginan Majlis Peralihan Kebangsaan (National Transitional Council) di Libya untuk menjadikan syariah Islam sebagai sumber hukum selepas kejatuhan rejim Ghadafi.

Kemunculan fenomena ini adalah disebabkan oleh kegagalan parti-parti nasional-sekuler yang selama ini berkuasa di sebahagian besar Timur Tengah. Di samping penindasan yang dikenakan, parti-parti sekular ini juga gagal dalam menyelesaikan masalah-masalah dasar masyarakat seperti kemiskinan dan juga buruknya perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Golongan elit ahli politik nasionalis sekular juga dianggap telah memberikan jalan dan ruang bagi pengukuhan campur tangan pihak asing terutamanya dalam bidang ekonomi di Timur Tengah. Hal ini diburukkan lagi dengan dukungan rejim terhadap penjajahan zionis Israel di Palestin, baik secara terbuka mahupun tertutup.

Para pemimpin Barat juga sedang berusaha keras bagi membendung arus politik Islam yang merugikan mereka. Pelbagai usaha dilakukan oleh Barat untuk membendung daripada munculnya negara Islam yang ingin menerapkan syariah Islam secara total di Timur Tengah. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan jika Barat berupaya mengarahkan dan mengawal angin perubahan di Timur Tengah agar ia tetap dalam kerangka negara sekular yang demokratik. Beberapa istilah baru diwujudkan seperti Negara Madani, Islam Moderat dan lain-lain yang bertujuan untuk mengaburi niat Barat dalam memastikan agar sistem demokrasi-sekular terus diterapkan dalam negara.

Melalui pemerintahan sementara yang masih berada di bawah telunjuk dan kawalan Barat, pelbagai usaha pencegahan terhadap apa yang disebut sebagai 'kebangkitan Islam radikal' sedang giat dilakukan. Di Mesir sebagai contoh, pemerintahan tentera sementara telah melarang sebarang penggunaan simbol-simbol atau istilah-istilah Islam dalam pilihanraya Mesir akan datang. Perkara ini telah membuatkan gerakan Ikhwanul Muslimin mengambil jalan ‘aman’ dengan menghapuskan slogan “Islam adalah solusi” dan menggantikannya dengan slogan lain iaitu “Kami membawa kebaikan untuk Mesir”. Slogan yang sama telah digunakan oleh calon-calon Ikhwan dalam pilihanraya parlimen tahun lalu.

Sementara di Tunisia pula, parti-parti yang berdasarkan agama telah diharamkan sama sekali daripada terlibat dalam pilihanraya. Akibatnya, sikap pragmatik telah diambil oleh parti-parti yang berakarkan Islam ini. Parti An-Nahdha telah berulang-ulang kali mengisytiharkan bahawa mereka bukanlah parti agama, tidak akan menerapkan syariah Islam, mengiktiraf pluralisme dan bersahabat dengan Barat termasuk dalam bidang ekonomi. Setelah menang suara majoriti dalam pilihanraya Tunisia baru-baru ini, partai An-Nahdha telah berjanji untuk terus bekerja dalam membentuk masyarakat pluralistik, sekular dan menghormati hak asasi manusia. (http://www.maannews.net; 25/10)

Pemimpin An-Nahdha, Ghannouchi, juga pernah menyatakan sebelum ini bahawa jika an-Nahdha berjaya memerintah (berkuasa) di Tunisia, maka ia akan tetap terus mempertahankan Tunisia sebagai destinasi perlancongan, tidak akan mengharamkan arak atau mengharamkan wanita daripada memakai bikini di pantai. Parti An-Nahdha juga berjanji untuk tidak mengganggu kod undang-undang Tunisia yang menjadikan negara itu satu-satunya negara di dunia Arab yang melarang amalan poligami.

Rasyid Ghannouchi juga mengatakan bahawa gerakannya yang telah memenangi pilihanraya baru-baru ini tidak akan memaksa pemakaian menutup aurat terhadap wanita Tunisia, kerana semua usaha-usaha negara Arab untuk melaksanakannya terbukti gagal. Perkara yang sama seperti ini tidak mustahil akan berlaku di Mesir memandangkan satu-satunya gerakan politik yang terorganisasi di negara tersebut adalah gerakan Ikhwanul Muslimun.

Pengaruh Model Turki Sekuler
 
Sehingga ke hari ini, perkembangan seperti ini di Tunisia sudah tentu cukup menggembirakan Barat. Tawaran yang diberikan Barat melalui model negara Republik Sekular Turki di bawah rejim AKP nampaknya berjaya diwujudkan di Tunisia. Ia merupakan sebuah model negara yang dianggap sebagai mampu untuk memadukan antara Islam dan demokrasi, yang mana secara hakikatnya ia tetap sebagai sebuah pemerintahan sekular yang kuat.

Sejak awal-awal lagi, Amerika memang sentiasa berusaha untuk menguar-uarkan agar menjadikan model Republik Sekular Turki sebagai contoh dan arah ikutan kesemua negara-negara di Timur Tengah pasca pergolakan. Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton, melihat Turki sebagai negara ‘model’ dan ‘contoh’ bagi negara-negara di Timur Tengah dan Afrika Utara untuk mengikutinya. Presiden Obama juga pernah membuat kenyataan yang sama dalam sebuah akhbar Itali di mana ia mengatakan, “Kenyataannya adalah negara itu (Turki) adalah negara demokrasi dan negara yang mana sebahagian besar penganutnya adalah Islam, merupakan model yang sangat penting bagi negara-negara Muslim yang lain di wilayah itu (untuk mencontohinya).”

Akhbar The New York Times baru-baru ini mengatakan bahawa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan adalah standard rujukan yang baru bagi pemimpin-pemimpin Islam. Erdogan menjanjikan Islam konservatif yang selari dengan kebebasan individu serta tetap terus berpegang kepada budaya konservatif, tetapi dengan polisi ekonomi yang liberal dan menjadi mercu tanda kebangaan bagi sebuah Timur Tengah Baru.

Adalah sesuatu yang cukup meragukan bagaimana model Republik Sekular Turki ini boleh menjadi model terbaik bagi negara-negara di Timur Tengah. Memang terdapat beberapa faktor yang dapat merealisasikan kejayaan model Republik Turki Sekular ini di Timur Tengah. Namun persoalannya, sejauh manakah model sekular ini mampu untuk menyelesaikan masalah sebenar di Tunisia dan kawasan-kawasan Timur Tengah yang lain? Tidak dapat dinafikan bahawa masalah kemiskinan, buruknya perkhidmatan kesihatan, pengangkutan, pendidikan dan tahap pengangguran yang tinggi menjadi antara pendorong kepada bangkitnya anak-anak muda di Tunisia dan Mesir untuk melawan rejim yang berkuasa sebelum ini. Sehingga ke saat ini, parti An-Nahdha masih belum mempunyai konsep dan halatuju yang jelas dalam menyelesaikan masalah-masalah ini.

Jika kita merujuk kepada model ekonomi Republik Turki Sekular yang berasaskan ekonomi liberal itu, terdapat terlalu banyak persoalan yang timbul. Turki di bawah teraju rejim parti AK memang mengalami pertumbuhan ekonomi yang cukup signifikan di mana dilaporkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara tersebut mencapai 8.9 peratus pada tahun 2010. Statistik peningkatan atau pertumbuhan yang tinggi itu langsung tidak menjamin atau menunjukkan bahawa setiap individu dalam masyarakat negara itu hidup dengan sejahtera. Ini adalah kerana, kekayaan boleh menimbun pada segolongan manusia sahaja di dalam negara.

Sepertimana negara-negara sekular yang lain, Turki juga menghadapi masalah yang sama iaitu terdapat jurang yang terlampau jauh antara golongan yang kaya dan yang miskin. Meskipun terdapat pertumbuhan ekonomi yang tinggi, angka kemiskinan di Turki pada 2009 meningkat dengan mendadak jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Menurut laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Institut Statistik Turki (TurkStat), peratusan rakyat Turki yang hidup di bawah garis kemiskinan meningkat daripada 17.79 peratus pada tahun 2008 kepada 18.08 peratus atau sebanyak 12.75 juta orang pada tahun 2009.

Pertumbuhan ekonomi Turki sekali-kali tidak dapat terlepas daripada program liberalisasi ekonomi sepertimana yang dicanangkan oleh Erdogan. Akibatnya, ekonomi Turki sangat bergantung kepada sistem ekonomi kapitalisme global dunia yang sangat rapuh. Jika Amerika dan Eropah sebagai negara pelopor kepitalisme pun boleh bergoncang dan bergoyah, apatah lagi negara Turki sebagai pengikut mereka. Segala-galanya hanya menunggu masa sahaja.

Masalah pokok di Timur Tengah dan di negeri-negeri kaum Muslimin yang lain tidak lain adalah  disebabkan oleh penerapan sistem kapitalisme liberal di negara masing-masing yang mana para penguasa boneka ini dijaga dan dipelihara dengan begitu baik oleh Barat. Hasilnya, Timur Tengah Baru yang bertunjuangkam sekularisme ini sekali-kali tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah mereka, malah sebaliknya ia akan mengukuhkan lagi polisi kapitalisme Barat di samping memelihara campur tangan imperialisme kuasa asing. Di samping itu, sikap permusuhan dan penindasan akan tetap terus dikenakan terhadap aktivis-aktivis Islam yang menginginkan agar tertegaknya syariah Islam secara kaffah.

Model Negara Republik Sekular Turki ini pasti akan menemui kegagalan di Timur Tengah dan revolusi kebangkitan rakyat kali kedua mungkin akan berlaku. Apabila sistem demokrasi dan liberalisme telah terbukti gagal, rakyat di Timur Tengah akan hanya mempunyai satu harapan dan satu pilihan sahaja pada waktu itu, yakni negara Khilafah Islamiyyah. Negara inilah yang akan menerapkan syariah Islam secara menyeluruh dan menyelesaikan segala permasalahan manusia. Setelah perkara ini berlaku, ia bukan sahaja akan merubah arus perdana wilayah Timur Tengah, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Majlis Perisikan Kebangsaan Amerika (NIC) pernah meramalkan bahawa Khilafah akan tertegak menjelang tahun 2020, namun bagi kalangan para pejuang Islam, mereka yakin bahawa janji Allah dan RasulNya untuk tertegaknya Khilafah buat kali yang kedua adalah terlalu hampir, dengan izin Allah SWT.

0 comments:

THE METHOD TO ESTABLISH KHILAFAH

video

Bangsa ini Harus Segera Bertobat

Assalâmu‘alaikum wa rahmatullâhi wa barakâtuh.

Pembaca yang budiman, negeri ini seolah menjadi negeri segudang bencana; baik bencana alam maupun bencana kemanusiaan. Bencana alam ada yang bersifat alamiah karena faktor alam (seperti gempa, tsunami, dll), tetapi juga ada yang karena faktor manusia (seperti banjir, kerusakan lingkungan, pencemaran karena limbah industri, dll). Adapun bencana kemanusiaan seperti kemiskinan, kelaparan serta terjadinya banyak kasus kriminal (seperti korupsi, suap-menyuap, pembunuhan, perampokan, pemerkosaan, maraknya aborsi, penyalahgunaan narkoba, dll) adalah murni lebih disebabkan karena ulah manusia. Itu belum termasuk kezaliman para penguasa yang dengan semena-mena menerapkan berbagai UU yang justru menyengsarakan rakyat seperti UU Migas, UU SDA, UU Listrik, UU Penanaman Modal, UU BHP, dll. UU tersebut pada kenyataannya lebih untuk memenuhi nafsu segelintir para pemilik modal ketimbang berpihak pada kepentingan rakyat.

Pertanyaannya: Mengapa semua ini terjadi? Bagaimana pula seharusnya bangsa ini bersikap? Apa yang mesti dilakukan? Haruskah kita menyikapi semua ini dengan sikap pasrah dan berdiam diri karena menganggap semua itu sebagai ’takdir’?

Tentu tidak demikian. Pasalnya, harus disadari, bahwa berbagai bencana dan musibah yang selama ini terjadi lebih banyak merupakan akibat kemungkaran dan kemaksiatan yang telah merajalela di negeri ini. Semua itu tidak lain sebagai akibat bangsa ini telah lama mencampakkan syariah Allah dan malah menerapkankan hukum-hukum kufur di negeri ini.

Karena itu, momentum akhir tahun ini tampaknya bisa digunakan oleh seluruh komponen bangsa ini untuk melakukan muhâsabah, koreksi diri, sembari dengan penuh kesadaran dan kesungguhan melakukan upaya untuk mengatasi berbagai persoalan yang melanda negeri ini. Tampaknya bangsa ini harus segera bertobat dengan segera menerapkan hukum-hukum Allah SWT secara total dalam seluruh aspek kehidupan mereka. Maka dari itu, perjuangan untuk menegakan syariah Islam di negeri ini tidak boleh berhenti, bahkan harus terus ditingkatkan dan dioptimalkan. Sebab, sebagai Muslim kita yakin, bahwa hanya syariah Islamlah—dalam wadah Khilafah—yang bisa memberikan kemaslahatan bagi negeri ini, bahkan bagi seluruh alam raya ini.

Itulah di antara perkara penting yang dipaparkan dalam tema utama al-wa‘ie kali ini, selain sejumlah tema penting lainnya. Selamat membaca!

Wassalâmu‘alaikum wa rahmatullâhi wa barakâtuh.

Add This! Blinklist BlueDot Connotea del.icio.us Digg Diigo Facebook FeedMeLinks Google Magnolia Ask.com Yahoo! MyWeb Netvouz Newsvine reddit Simpy SlashDot Spurl StumbleUpon Technorati
Cetak halaman ini Cetak halaman ini      

-->
EDITORIAL
10 Jan 2010

Ketika berbicara di televisi BBC, Perdana Menteri Inggris Gordon Brown menyerukan intervensi lebih besar dari Barat di Yaman dan menyerang tuntutan bagi kekhalifahan dunia di dunia Muslim sebagai sebuah “ideologi pembunuh” dan suatu “penyimpangan dari islam “.
Taji Mustafa, Perwakilan Media Hizbut Tahrir Inggris berkata: “Gordon Brown, seperti halnya Tony Blair yang memerintah sebelumnya, berbohong [...]

Index Editorial
Leaflet
No Image
09 Jan 2010
بِسْـــمِ اللهِ الرَّحْمٰـــنِ الرَّحِيـــم Sia-sia Saja Menggantungkan Harapan Kepada Rencana-rencana Pemerintahan Partai Keadilan dan Pembangunan (AKP)! Pemerintahan Partai Keadilan dan Pembangunan...
Index Leaflet
KALENDER
January 2010
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
   
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
  • 1/24/2010: Halqah Islam dan Peradaban edisi 16
POLLING

Islam hanya mengakui pluralitas, bukan pluralisme. Pandangan Anda?

View Results

Loading ... Loading ...
AL-ISLAM
Al-Islam

ACFTA-PASAR BEBAS 2010: “BUNUH DIRI EKONOMI INDONESIA”

Mulai 1 Januari 2010, Indonesia harus membuka pasar dalam negeri secara luas kepada negara-negara ASEAN dan Cina. Sebaliknya, Indonesia dipandang akan mendapatkan kesempatan lebih luas untuk memasuki pasar dalam negeri negara-negara tersebut. Pembukaan pasar ini merupakan perwujudan dari perjanjian perdagangan bebas antara enam negara anggota ASEAN (Indonesia, Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Brunei Darussalam) dengan Cina, [...]

Index Al Islam

EBOOK DOWNLOAD
Ebook Download

Download buku-buku yang dikeluarkan Hizbut Tahrir, dalam bahasa Indonesia, Arab dan Inggris.

Download disini

RSS NEWSLETTER
Powered By Blogger

Followers