Saturday, April 3, 2010

Syariah Adalah Kewajipan

Tujuan parti Islam adalah menyedarkan umat Islam tentang kewajipan melaksanakan syariah Islam. Kekalahan parti Islam bukan bermakna syariah tidak laku atau tidak sesuai dengan zaman atau masa kini. Sebab bagi umat Islam syariah bukanlah pilihan tetapi kewajipan yang harus dilaksanakan. Kerana itu, syariah bukan ditawarkan sebagai mana dalam pilihan raya yang di adakan dimana-mana di negara umat Islam, tetapi diwajibkan.
Sejak awal syariah diturunkan bukan untuk ditawarkan kepada manusia,namun diwajibkan ke atas seluruh manusia. “Dan Kami tidaklah mengutusmu untuk menjadi penjaga bagi mereka”. (TMQ Al-Isra:54); “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” (TMQ an-Nisa :105); “Maka demi Tuhanmu (Muhammad), mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan...” ( TMQ An Nisaa` : 65); “Barangsiapa yang tidak memutuskan (perkara) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” ( TMQ Al Maaidah :44). Saat itu, memang sebahagian masyarakat Makkah menerimanya, sedangkan kebanyakan menolaknya. Namun, pada saat itu, tidak dikatakan bahawa Islam tidak laku, tetapi belum diimani banyak orang. Ini sama dengan keadaan sekarang, banyak orang Islam namun sebahagian besar masih sekular.
Realiti masyarakat kita yang tidak tunduk pada syariah Islam menjadi bukti bahawa sebahagian besar dari mereka masih belum mengimani syariah Islam sebagai satu-satunya problem solving dalam kehidupan. Ini disebabkan oleh 2 faktor: Faktor internal dan eksternal. Faktor internal ialah dakwah kita tidak menekankan ketundukan atau pasrah pada syariah Islam sebagai sebahagian daripada keimanan, tidak mampu menjelaskan Islam sebagai sistem kehidupan yang mampu menyelesaikan berbagai permasalahan kehidupan manusia, serta banyak kompromi atau toleransi antara yang haq dan batil dengan alasan darurat untuk penyelesaian masa kini. Faktor eksternal kerana besarnya kekuatan kafir untuk menaklukkan Islam dan umat Islam secara sistematik; mulai dari pengetahuan hingga ekonomi, politik dan militer. Akibatnya, umat Islam hidup di dalam sistem kufur demokrasi; aturan dan keberhasilan ditentukan oleh demokrasi. Tak salah jika banyak orang terjebak dalam sudut pandang demokrasi berdasarkan suara terbanyak, bukan pada suara yang paling benar. Siapa yang memperoleh suara terbanyak menjadi pemenangnya; yang mendapat suara sedikit dikatakan jualannya tidak laku, termasuk dalam hal ini syariah Islam.
Untuk mengubah kondisi tersebut, gerakan yang dilakukan harus keluar dari jalan demokrasi dan beralih ke jalan perjuangan Rasulullah saw.. Dalam gerakannya, Rasulullah saw. menanamkan keimanan dan ketundukan pada syariah Islam hingga mampu membangun sistem Islam, bukan ikut-ikutan sistem kufur yang tidak memberikan kesempatan yang sama pada syariah Islam sebagai sistem kehidupan, tetapi hanya sebagai nilai-nilai spiritual saja. Islam harus ditampilkan sebagai sistem kehidupan yang jauh lebih baik daripada demokrasi, bukan sebaliknya; memperbaiki demokrasi dengan nilai dan moraliti Islam.
Realitinya, demokrasi tidak mampu menghadirkan kesejahteraan bahkan menjadi duri kerosakan, kita sebagai umat Islam yang menyakini kebenaran dan kemampuan syariah Islam dalam mewujudkan kesejahteraan harus terus mengempenkan syariah Islam itu wajib dan menyejahterakan manusia. Dengan itu, sebahagian besar umat Islam menerima dan menyakini bahwa hanya syariah Islam yang mampu menjadi satu-satunya harapan meraih kesejahteraan. Umat Islam akan bersatu untuk menuntut berlakunya syariah Islam atas mereka. Saat itulah, akan berdiri Dawlah Islamiyyah ‘ala Minhaj an-Nubuwwah:al-Khilafah ar-Rashidah.Insyaallah.

No comments:

Post a Comment