".....Akan muncul khilafah yang mengikut metod kenabian." [HR. Ahmad & Al-Bazzar]
Wednesday, April 30, 2014
Beberapa Persoalan Tentang Zakat Harta Dan Zakat Fitrah
Soalan: Bolehkah zakat dibahagikan kepada orang bukan Islam dalam kategori fakir dan miskin?
Soalan: Bolehkah zakat perdagangan itu diberikan dalam bentuk bahan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain? Jawapan: Para ulama berbeza pendapat tentang cara untuk mengeluarkan zakat perdagangan (zakat ‘uruudh at-tijarah). Terdapat dua pendapat yang utama: Pertama, pendapat ulama Hanafiyah (mazhab Hanafi) yang menyatakan bahawa adalah dibolehkan untuk memilih sama ada untuk mengeluarkan zakat dalam bentuk ‘ain (barang dagangannya) atau dalam bentuk qimah (nilai barang dagangannya iaitu melalui wang). Kedua, pendapat jumhur ulama (Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah) menyatakan bahawa adalah wajib untuk dikeluarkan dalam bentuk nilainya (qimah) dan bukannya dalam bentuk barang yang diperdagangkan. (Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/794-795). Pendapat yang dianggap rajih (kuat) dan dipilih oleh Syeikh Abdul Qadim Zallum adalah pendapat ulama Hanafiyah iaitu dibolehkan untuk sama ada memilih antara membayar dalam bentuk barang dagangannya ataupun nilai barang dagangannya. Ini adalah disebabkan terdapat dalil-dalil yang membolehkan amil zakat mengambil nilai (qimah) sebagai ganti daripada mengambil harta zakatnya itu sendiri (‘ainul mal). Antara dalilnya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Abu Ubaid bahawa ‘Amr bin Dinar ra meriwayatkan daripada Thawus ra, bahawa Nabi saw telah mengutus Muaz ke Yaman. Maka Muaz mengambil baju (tsiyab) sebagai ganti zakat gandum (al-hinthah) dan barli (asy-sya’ir). (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 168-169; 178). Jadi zakat perdagangan boleh dikeluarkan dalam bentuk barang yang diperdagangkan atau dalam bentuk nilai (qimah) barang dagangannya, yang mana ia dikeluarkan dalam bentuk mata wang yang beredar (an-naqd al-mutadawal). (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 180). Berdasarkan hal ini, maka para pedagang atau peniaga yang menjual sesuatu barang dagangan (misalnya baju), jika nilai barang dagangannya telah mencapai nisab (iaitu setara dengan 20 dinar, iaitu 85 gram emas atau 595 gram perak dan sudah cukup haulnya iaitu setahun) maka wajib baginya untuk mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada keseluruhan nilai barang dagangannya termasuklah keuntungannya. Zakatnya boleh diberikan dalam bentuk barang dagangannya itu sendiri, iaitu baju jika ia menjual baju, atau dalam bentuk mata wang yang beredar yang sama nilai dengannya. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 180). Jadi, bolehkah membayar zakat perdagangan dalam bentuk bahan mentah makanan asas? Menurut pegangan kami adalah dibolehkan. Dengan catatan, bahan-bahan tersebut mestilah mempunyai nilai (qimah) yang sama dengan nilai zakat perdagangan yang wajib dikeluarkannya. Wallahu a’lam.
3. Membayar Zakat Padi
Soalan: Jika zakat pertanian contohnya padi, bolehkah dikeluarkan sebahagian zakat dalam bentuk beras dan bakinya dikeluarkan dalam bentuk wang? Jawapan: Menurut Syeikh Abdul Qadim Zallum, padi (al-aruz) adalah tidak termasuk dalam hasil pertanian yang diwajibkan untuk dikeluarkan zakat. Hanya terdapat 4 sahaja hasil pertanian yang wajib untuk dizakatkan iaitu (1) barli (asy-sya’ir), (2) gandum (al-hinthah), (3) anggur kering/kismis (az-zabib) dan (4) kurma (at-tamr). Selain daripada keempat-empat ini tidak diwajibkan zakat. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 162). Pendapat Syeikh Zallum ini adalah hampir dengan pendapat Imam Ibnu Hazm yang menyatakan bahawa dalam zakat pertanian hanya terdapat 3 jenis yang wajib dizakatkan iaitu kurma (at-tamr), barli (asy-sya’ir), dan gandum (al-qamhu) dan tidak ada yang lain. (Lihat Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/193, Kitabuz Zakat, mas’alah no. 640). Semua fuqaha sepakat (ijma’) bahawa keempat-empat jenis tersebut iaitu barli (asy-sya’ir), gandum (al-hinthah), anggur kering (az-zabib) dan kurma (at-tamr) memang wajib untuk dizakatkan. Ia sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir dan Ibnu Abdil Barr. (Lihat Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 2/49, Kitabuz Zakat; Ibnul Mundzir, Kitab Al-Ijma’, hal 10, pasal 93; Ibnu Hazm, Maratibul Ijma’, hal. 18, Kitabuz Zakat). Sementara itu, para fuqaha berbeza pendapat tentang adakah wajib untuk hasil pertanian selain daripada empat jenis yang disebutkan di atas. (Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/193). Dalil yang menunjukkan pembatasan/had (hashr) zakat pertanian hanya terkena ke atas empat komoditi tersebut adalah berdasarkan kepada hadis Nabi SAW kepada Mudz bin Jabal dan Abu Musa Al-Asy’ari ketika Nabi SAW mengutus kedua mereka ke Yaman : Laa ta’khudza ash-shadaqah illa min haadzihi al-ashnaaf al-arba’ah asy-sya’ir wal-hinthah wa az-zabib wa at-tamr “Janganlah kamu berdua mengambil zakat kecuali daripada empat jenis iaitu : barli (asy-sya’ir), gandum (al-hinthah), anggur kering (az-zabib) dan kurma (at-tamr).” [HR Al-Baihaqi, As- Sunan Al-Kubra, 4/125]. Dalam hadis di atas, kata “janganlah” (laa) dirangkaikan dengan kata “kecuali” (illa). Ini menunjukkan bahawa adanya pembatasan (qashr) terhadap zakat pertanian yang diambil serta dihadkan kepada empat jenis itu sahaja dan tidak diambil daripada yang lain. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 162). Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa padi tidak termasuk sebagai salah satu hasil pertanian yang dikenakan kewajiban zakat. Maka ia tidak wajib untuk dikeluarkan zakat padi baik dalam bentuk beras mahu pun wang yang setara nilai dengannya. Namun, jika padi tersebut diperdagangkan, maka padi itu akan dikenakan kewajiban zakat perdagangan (‘urudh at-tijarah) apabila ia sudah memenuhi syarat nisab zakat perdagangan dan juga cukup haulnya (satu tahun). Wallahu a’lam.
4. Ukuran Satu Sha’ dalam Zakat Fitrah
Soalan: Bagi ukuran 1 sha’ itu bersamaan dengan berapa kilogram? Adakah sha’ itu satu ukuran berat ataupun isipadu? Jawapan: Ukuran bagi pengeluaran zakat fitrah adalah satu sha’ bahan makanan asas/ruji bagi setiap kepala. Sha’ itu adalah ukuran takaran (al-kail), bukan ukuran berat (al-wazan) atau isipadu. Satu sha’ gandum (al-qamhu) beratnya adalah 2176 gram. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 60). Walaupun takarannya sama (satu sha’), tetapi bagi setiap biji-bijian yang berlainan akan mempunyai berat yang berbeza. Contohnya satu sha’ gandum ukurannya tidak sama dengan satu sha’ beras, begitu juga dengan satu sha’ jagung dan lain-lain lagi. Terdapat ulama Indonesia yang pernah melakukan ukuran dan perhitungan dalam mencari nilai satu sha' itu bersamaan dengan berapa gram beras. Antaranya adalah Prof. Mahmud Yunus yang mana dalam kitabnya, Al-Fiqhul Wadhih Juz 2 hal. 10, beliau menyatakan bahawa 1 sha’ beras itu adalah setara dengan 2187.5 gram beras. Beliau menyatakan : “Wa yukhriju al-muzakkiyyu ‘an kulli syakhsin shaa’an min al aruz, wa qadruhu kiluwaani wa mi’atun wa sab’atun wa tsamaanuuna wa nishfu qiraamin” “Orang yang mengeluarkan (zakat fitrah) untuk setiap kepala adalah sebanyak satu sha’ beras, dan kadarnya (beratnya) adalah bersamaan dengan dua kilogram seratus lapan puluh tujuh perpuluhan lima gram (2187.5 gram).” (Mahmud Yunus, Al-Fiqhul Wadhih, Juz 2 hal. 10). Wallahua'lam.
5. Zakat Wang Simpanan
Soalan: Adakah wang tabungan atau simpanan yang disimpan selama satu tahun dianggap sama dengan pendapatan? Adakah dikenakan zakat ke atasnya dan berapakah nisabnya? Adakah ia termasuk dalam zakat pendapatan? Jawapan: Wang kertas (an-nuquud al-waraqiyah atau wang fiat) tidak kira sama ada disimpan dalam tabung dan bank ataupun tidak, ia wajib dikeluarkan zakat jika telah memenuhi dua kriteria sepertimana zakat emas dan perak. Pertama, ia telah mencapai nisab iaitu setara dengan nilai emas (20 dinar iaitu 85 gram emas) atau senilai dengan nisab perak (200 dirham iaitu 595 gram). Kedua, ia telah cukup satu tahun (haul) tanpa digunakan. Zakat yang dikenakan adalah sebanyak 2.5%. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 177). Kewajiban zakat atas wang kertas itu diqiyaskan dengan kewajiban zakat ke atas emas dan perak kerana terdapat persamaan dari segi ‘illat (sebab berlakunya hukum) terhadap kedua-dua wang kertas dan emas/perak. Kedua-duanya mempunyai sifat sebagai mata wang (an-naqdiyah) dan juga sebagai harga (ats-tsamaniyyah). Illat ini diistinbath (digali) daripada pelbagai hadis yang mengisyaratkan bahawa adanya sifat sebagai mata wang (an-naqdiyah) dan sebagai harga (ats-tsamaniyyah) yang menjadi landasan kewajiban terhadap zakat ke atas emas dan perak. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 177). Antaranya, hadis Nabi SAW : "Fa-haatuu shadaqata ar-riqqah" “Maka datangkanlah (bayarlah) zakat riqqah (perak yang dicetak sebagai mata wang).” [HR Bukhari, dari Ali bin Abi Thalib RA]. Sebutan kata “riqqah” (perak yang dicetak sebagai mata wang) dan bukannya kata “fidhdhah” (perak) menunjukkan adanya sifat sebagai mata wang (an-naqdiyah) dan sebagai harga (ats-tsamaniyyah). Siifat ini bukan hanya wujud pada perak atau emas yang dijadikan mata wang, tetapi juga pada wang kertas yang dilakukan sekarang, meskipun wang kertas tersebut tidak disandarkan dengan emas atau perak. Jadi, wang kertas wajib untuk dizakatkan sepertimana wajibnya zakat ke atas emas dan perak. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai wang yang telah memenuhi kedua-dua kriteria tersebut, iaitu nisab dan haul, maka ia wajib untuk dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 %. (Abdul Qadim Zalum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 177). Berkaitan dengan nisab, mungkin ada yang bertanya, apakah standard atau kayu ukur yang perlu digunapakai. Adakah nisab emas (85 gram emas) ataupun nisab perak (595 gram perak) memandangkan fakta/realiti (manath) wang kertas yang ada sekarang tidak dijamin atau disandarkan kepada emas dan perak? Dalam masalah ini, kami cenderung kepada pendapat Wahbah Az-Zuhaili yang mana ia menyatakan bahawa pendapat yang lebih tepat (ashah) adalah menggunakan nisab emas untuk zakat wang simpanan berbanding nisab perak. Ini adalah kerana nisab emas itu nilainya adalah setara dengan nisab binatang ternak (unta, lembu dan kambing). Ia juga disebabkan oleh meningkatnya kos sara hidup dan juga melonjaknya pelbagai keperluan-keperluan yang lain. (Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/773). Sebagai contoh, pada hari ini (Julai 2013), harga emas semasa adalah RM155.00 per gram. Jadi, untuk mengira nisab zakat wang adalah RM155 x 85 gram emas = RM13,175.00. Jika seseorang itu mempunyai simpanan wang sebanyak RM14,000.00, maka ini bererti jumlah wangnya sudah melebihi nisab minimum untuk wajib dikeluarkan zakat (RM13,175.00). Jika wangnya yang telah mencapai nisab itu tadi sudah dimilikinya (tidak digunakan langsung atau tiada pengurangan) selama satu tahun (haul) hijriyah (bukan tahun Masihi), maka zakat yang dikenakan adalah 2.5% x RM14,000 = RM350. Jika 10 tahun yang lalu, harga emas semasa adalah kira-kira RM30 per gram. Jadi nisab zakat pada ketika itu adalah RM30 x 85 gram emas = RM2550.00. Jika jumlah wangnya sudah sampai atau melebihi RM2550.00, dan tersimpan selama sekurang-kurangnya setahun tanpa digunakan, maka zakat yang wajib dikeluarkan pada waktu itu adalah 2.5% daripada simpanannya yang ada. Inilah yang dimaksudkan oleh Wahbah Az-Zuhaili tentang meningkatnya kos sara hidup di mana nilai wang kertas fiat beberapa tahun dahulu adalah berbeza dengan nilai wang kertas hari ini jika pengiraannya dibandingkan dengan nilai emas semasa. Oleh itu, adalah tidak relevan jika sekiranya zakat simpanan wang ditetapkan nisabnya dalam bentuk matawang (contohnya ringgit) memandangkan harga emas sentiasa berubah di sepanjang masa. Zakat simpanan wang fiat perlu sentiasa dikira berdasarkan harga emas semasa. Wang simpanan adalah sama sekali tidak sama dan tidak pernah sama dengan gaji (pendapatan). Wang simpanan sememangnya boleh berasal daripada gaji. Ia juga boleh datang daripada sumber-sumber yang lain seperti harta warisan, sedekah, hadiah, zakat dan lain-lain lagi. Oleh itu, dalam syariah Islam, yang wujud bagi wang hanyalah zakat wang (simpanan) dan bukannya zakat pendapatan. Zakat wang itu bersifat umum dan hasil wang tersebut boleh datang daripada gaji (pendapatan) ataupun sumber-sumber halal yang lain. Kami tidak bersetuju dengan apa yang dikenali sebagai zakat pendapatan kerana dalil-dalil yang digunakan sebagai asas dan hujah adalah sangat lemah serta didapati terdapat istidlal (penggunaan dalil) yang sungguh keliru. Di sini kami tidak berniat untuk membentangkan kekeliruan tentang zakat pendapatan ini. Tetapi sekiranya menginginkan bacaan lanjut, bolehlah dibaca melalui jaringan berikut http://www.mykhilafah.com/fikih/2339-hukum-zakat-pendapatan atau menelaah kitab yang berjudul Zakat Rawatib Al-Muwazhzhafin wa Kasb Ash-hab Al-Mihan Al-Hurrah, karangan Dr. Al-Yazid bin Muhammad Ar-Radhi. Wallahua'lam.
Monday, April 28, 2014
Q&A: Implementing hudud without Khilafah
Tuesday, April 15, 2014
Turkey 'aided Islamist fighters' in attack on Syrian town
وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ
"But if they ask you for help in respect of the deen, it is your duty to help them" (Al-Anfal, 8:72)
Telegraph Rebels and eye-witnesses claim that Turkish authorities allowed fighters to enter Syria through a strategic border post to carry out assault on Armenian town of Kasab By Ruth Sherlock, Beirut Turkey facilitated an attack carried out by Islamist fighters against the Armenian town of Kasab inside Syria, eyewitnesses have told the Telegraph. In an operation that was months in the planning, Turkish authorities gave rebel groups the mandate they needed to attack, allowing them access through a heavily militarised Turkish border post, whose location was strategically vital to the success of the assault. "Turkey did us a big favour," said a Syrian activist with the rebel group, whose name the Telegraph knows but has been asked not to reveal. "They allowed our guys to enter from their border post. "We needed to hit the regime from different sides and this was the only way from near the coast, so it was a big help." Kasab, the ancestral home of the Armenian ethnic minority in Syria, which had remained relatively sheltered from the conflict in Syria. Residents were woken on the morning of the attack, on March 21, to screams and cries. "We woke to the sounds of the shelling. There was no time even to get dressed," remembered Bedros, 45, an Armenian resident who asked not to be identified by his real name. "I grabbed my wife and my children. We had no time to take our things. Some people fled in their night gowns." Two days later Kasab was in the hands of an alliance of Islamist groups, including the jihadist Jabhat al-Nusra, aligned with al-Qaeda. Almost all of the villages approximately 2,000 inhabitants had fled. The night of the attack a relative of Bedros had gone to one of the main border posts with Turkey, which is only lightly armed with Syrian troops, reportedly because of an agreement signed decades before the war. "By the time he arrived the attack had begun. He saw the Islamist fighters standing with the Turkish army. They started launching their shells from the border". The Turkish foreign ministry has issued a statement stating that the claims that the government aided the opposition in the attack are "totally unfounded and untrue". However, the findings of investigation by Human Rights Watch (HRW), which included interviews with local eye-witnesses, directly contradict this claim. "It is not feasible that these groups could have crossed into Syria from where they did without the knowledge of the Turks," Lama Fakih, the Syria and Lebanon researcher at HRW told the Telegraph. "One of the areas they used was an official border crossing that residents say has a Turkish military presence." The entry through the Kasab border crossing allowed the rebels to attack the Syrian military positions near village from several sides, making it key to the rebel assault. Rebel groups had wanted to attack Kasab for a long time, said the female activist, but Turkey had previously denied them access. "In the past the Turks refused to give us passage, because they said that in order to succeed in the attack we needed to be united," she said, referring to the battles that took place at the end of last year between the extremist Islamic State of Iraq and al-Sham, and other rebel groups in the area. The attack on Kasab sparked dark memories of the Ottoman massacres for its inhabitants, and a hysterical flurry across social media from pro-government sources claiming horrific massacres in the town. Residents themselves brought up memories of massacres in 1909, and the genocide in 1915, when Kasab villagers were slaughter in their thousands by the Ottomans. "We always thought the Turks would attack us one day," said Bedros, the fellow family members who he is sharing his new lodgings in Lebanon, nodding as he spoke. "And with the attack on Kasab it was clear that Turkey helped. The attackers came from Turkish territory." Kasab was however the Syrian regime's 'Achilles heel' in the well defended coastal province of Latakia, where many Alawites, the same religious minority as President Assad, live. Al-Nusra and the Islamic Front have pushed deeper into the terrain, taking control of Samra, giving them access to the coastline and engaging in fierce battles for 'observatory 45', the highest mountain point in the area, and a strategically vital military position. "You can see why we needed to take Kasab," said Dr Mahmoud, diplomacy envoy for the Islamic Front. "You can see what has happened. Now the regime is very very afraid." Source:www.al-khilafah.com
THE METHOD TO ESTABLISH KHILAFAH
video
Ketika berbicara di televisi BBC, Perdana Menteri Inggris Gordon Brown menyerukan intervensi lebih besar dari Barat di Yaman dan menyerang tuntutan bagi kekhalifahan dunia di dunia Muslim sebagai sebuah “ideologi pembunuh” dan suatu “penyimpangan dari islam “.
Taji Mustafa, Perwakilan Media Hizbut Tahrir Inggris berkata: “Gordon Brown, seperti halnya Tony Blair yang memerintah sebelumnya, berbohong [...]
Banyak naskah berserak yang mengungkapkan temuan sejumlah penyakit mental dan...
Tahap pertama sesungguhnya adalah tahap pembentukan gerakan,...
Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
- 1/24/2010: Halqah Islam dan Peradaban edisi 16
ACFTA-PASAR BEBAS 2010: “BUNUH DIRI EKONOMI INDONESIA”
Mulai 1 Januari 2010, Indonesia harus membuka pasar dalam negeri secara luas kepada negara-negara ASEAN dan Cina. Sebaliknya, Indonesia dipandang akan mendapatkan kesempatan lebih luas untuk memasuki pasar dalam negeri negara-negara tersebut. Pembukaan pasar ini merupakan perwujudan dari perjanjian perdagangan bebas antara enam negara anggota ASEAN (Indonesia, Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Brunei Darussalam) dengan Cina, [...]
EDISI KHAS
بسم الله الرحمن الرحيم
هَذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ
Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan dengannya, manusia diberi peringatan (TMQ Ibrahim [14]: 52)